Default – Above Header Ads

Komuniti Berautonomi Sepanyol, Aragon Menjadi Pihak Pertama Yang Melaksanakan Teknologi Blockchain Dalam Pentadbiran Awam

 

Komuniti berautonomi Aragon di timur laut Sepanyol akan menjadi yang pertama di negara ini untuk menerapkan teknologi blockchain dalam pentadbiran awamnya. Aragon adalah salah satu daripada 17 komuniti berautonomi Sepanyol, yang diwujudkan dengan matlamat menjamin autonomi untuk kewarganegaraan dan wilayah yang berlainan di negara ini.

Fernando Gimeno, kaunselor Kewangan dan Pentadbiran Awam di kerajaan Aragon, telah menandatangani kontrak dengan Alastria – ekosistem blockchain dengan lebih daripada 274 entiti, termasuk syarikat dan institusi yang membuat peralatan berasaskan blokchain selaras dengan rangka kerja undang-undang Sepanyol dan EU. Hasil daripada perkongsian itu, Aragon akan menjadi komuniti berautonomi Sepanyol yang pertama untuk menyediakan perkhidmatan berasaskan blokchain di peringkat negeri.

Gimeno berfikir teknologi blokchain akan meningkatkan ketelusan dan kecekapan pentadbiran, yang seterusnya akan menarik perniagaan dan pelaburan. Beliau juga menambah bahawa pekerja pentadbiran di Aragon sudah dilatih untuk bekerja dengan teknologi itu untuk menggunakan dan menguasai “potensi yang sangat besar itu”.

Sumber:

http://www.europapress.es/aragon/noticia-aragon-pionera-apostar-tecnologia-blockchain-integrandose-asociacion-alastria-20180917130921.html

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.