Default – Above Header Ads

Komuniti XRP Meraikan Kenaikan Ripple Selepas Bertahan di Paras Sokongan

 

Walaupun prestasi Ripple dalam beberapa minggu lalu sangat teruk, dan pemegang matawang kripto itu telah ketinggalan dalam banyak keuntungan yang dialami matawang kripto lain, pada 18 April XRP mendapat peningkatan dalam jumlah pembelian menyebabkan harganya naik sebanyak 4%.

Kini, penganalisa menjangka kenaikan lagi untuk matawang kripto itu, dengan satu penganalisa mensasarkan kenaikan ke $0.48 – jika XRP dapat kekal dalam trend menaiknya.

Sewaktu penulisan, XRP berdagang menaik di harga terkini iaitu $0.332 dan tinggi daripada harga terendahnya di $0.32 – paras di mana XRP menemui sokongan dalam beberapa hari yang lalu.

Walaupun keseluruhan pasaran kripto mengalami kenaikan yang signifikan dalam beberapa minggu lalu, dengan Bitcoin meningkat dari $4,000 ke setinggi $5,400, XRP hanya naik ke setinggi $0.37 buat seketika dari serendah $0.30, sebelum jatuh kembali ke harga terkininya.

Sambil melihat kepada pasangan dagang XRP/BTC ramai penganalisa mengatakan bahawa matawang kripto itu sedang mendekati paras “make or break” yang boleh membawa kepada kejatuhan lebih teruk matawang kripto itu, jika ia semakin jatuh.

Cryptorangutang, seorang penganalisa matawang kripto popular di Twitter, berbincang tentang paras harga ini dalam tweet yang dikeluarkan sehari sebelum kenaikan XRP, mengatakan Ripple akan sama ada “melompat di sini atau mengalami kejatuhan teruk.”

Seorang lagi penganalisa matawang kripto popular, Ryan W, bercakap tentang kemungkinan XRP akan meningkat ke arah $0.48 untuk masa akan datang.

Sumber:

https://www.newsbtc.com/2019/04/17/xrp-community-celebrates-as-ripple-surges-after-holding-support-could-0-48-be-next/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.