Komuniti Zcash Akan Bangunkan Token Yang “Dibalut” Untuk Digunakan Dengan Ethereum
Zcash (ZEC) mata wang kripto yang berfokuskan privasi mencari akses kepada ekosistem kewangan yang terdesentralisasi (Decentralize Finance – DeFi) berasaskan Ethereum. Pemaju di seluruh dunia telah mengusahakan penyelesaian interoperabiliti untuk membolehkan rangkaian yang berbeza untuk berinteraksi dengan lebih cekap dalam usaha membasmi isu-isu yang sedia ada berkenaan dengan penskalaan dan kelajuan.
Sehubungan itu, Josh Swihart, VP pemasaran dan pembangunan perniagaan di Electric Coin Company, berkata komuniti Zcash akan membangunkan token ZEC yang “dibungkus” yang boleh digunakan di rangkaian Ethereum, sambil menambah: “Jika anda ingin melakukan pinjaman, jika anda ingin melakukan DAOs [organisasi autonomi yang terdesentralisasi], semua perkara itu boleh dilakukan dengan Zcash juga … Pada akhirnya, kami mahu Zcash dapat digunakan dalam kontrak pintar Ethereum.”
Apabila ditanya mengapa pencipta aplikasinya yang berpusat mungkin mahu alamat yang dilindungi dan pilihan kontrak pintar, ahli lembaga Yayasan Zcash, Ian Miers berkata: “Anda tidak mahu menjadi kanak-kanak di Chuck E. Cheese di mana semua orang tahu anda mempunyai semua token.”
Telah dilaporkan sebelum ini bahawa bursa pertukaran mata wang kripto Korea, Upbit telah menghentikan sokongan dagangan untuk enam mata wang kripto, termasuk Zcash. Bursa pertukaran itu menjelaskan bahawa alasan untuk menyekat enam mata wang kripto privasi ini adalah untuk menyekat kemungkinan pengubahan wang haram dan aliran masuk dari rangkaian luaran. Hanya beberapa hari sebelum ini, OKEx Korea mengesahkan ia akan menghentikan perdagangan Zcash dan mata wang kripto privasi yang lain. Bursa pertukaran itu berkata bahawa mata wang kripto tersebut jatuh dari garis panduan baru yang ditetapkan oleh badan antara kerajaan Pasukan Petugas Tindakan Kewangan.
Rujukan:
https://cointelegraph.com/news/privacy-coin-zcash-community-to-develop-wrapped-token-for-ethereum
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!