Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Kongres AS Akan Perkenalkan Bil Undang-Undang Untuk Menyokong Teknologi Blockchain Dan Mata Wang Kripto

 

Tom Emmer, ahli perwakilan AS merancang untuk memperkenalkan tiga bil undang-undang untuk menyokong teknologi blockchain dan mata wang kripto. Tiga bil undang-undang tersebut bertajuk “Resolution Supporting Digital Currencies and Blockchain Technology,” “BlockchainRegulatory Certainty Act,” dan “Safe Harbor for Taxpayers with Forked Assets Act.”

Perundangan ini memberi tumpuan kepada sokongan danpembangunan teknologi blockchain, serta penubuhan sebuah zon selamat untuk pembayar cukai yang memiliki aset digital. Rang undang-undang akan mendorong kerajaan persekutuan untuk menyediakan “persekitaran undang-undang yang mudah,” dan mengehadkan denda terhadap individu yang melaporkan “aset digital” sehingga “Internal Revenue Service” (IRS) memberikan panduan rasmi mengenai cara pelaporan yang sesuai. Menurut Emmer, “pembayar cukai hanya boleh mematuhi undang-undang apabila undang-undang itu jelas.”

Lebih-lebih lagi, Emmer telah mengambil alih jawatan pengerusi bersama Congressional Blockchain Caucus, satu platform untuk kerjasama industri dan kerajaan untuk mengkaji implikasi blockchain dan mata wang kripto. Mengikut pengumuman itu, “Kaukus percaya pada pendekatan pengawalan secara langsung untuk membolehkan teknologi ini berkembang dengan cara yang sama seperti Internet; iaitu ia dibiarkan untuk membangun secara semulajadi.”

Sumber:

https://emmer.house.gov/media-center/press-releases/emmer-spearheads-groundbreaking-legislation-support-blockchain

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.