Default – Above Header Ads

Kontrak Perdagangan Litecoin di Buka di Huobi DM

 

Pedagang kini boleh menggunakan Huobi DM untuk mengambil posisi long atau short dalam matawang kripto yang menduduki tempat ketujuh berdasarkan modal pasaran. Seperti yang dilaporkan dalam sidang media bursa pertukaran China yang beroperasi di Singapura itu, penambahan kontrak perdagangan LTC membolehkan “arbitrage, spekulasi dan perlindungan nilai.”

Litecoin menyertai Bitcoin, Ethereum dan EOS – yang mempunyai kontrak mingguan, dua kali seminggu dan suku tahunan – dalam platform itu.

LTC kini berdagang, sewaktu penulisan, pada harga $33.38. Harganya pada masa kini telah jatuh secara signifikan dari harga tertingginya di $371. Harga jatuh yang dramatik ini mencipta peluang, Menurut CEO Huobi Global, Livio Weng.

“Memandangkan perubahan besar dalam harga Litecoin dan aset digital lain yang dialami, Huobi DM boleh menjadi alat yang kuat dalam mengurus risiko dan ketidakpastian,”Weng berkata dalam sidang media.

Sesiapa yang ingin long atau short XRP akan boleh membuatnya di Huobi DM juga tidak lama lagi.

Livio Weng berkata:

“Litecoin adalah salah satu altcoin terbesar dalam pasaran pada hari ini dan kami sudah melihat Banyak permintaan dari pengguna kami. Kami akan menambah semakin banyak jenis coin ke dalam platform pada tahun 2019, dan Ripple adalah seterusnya dalam senarai kami.”

Penambahan semakin banyak kontrak altcoin menunjukkan perkembangan yang berterusan dalam bursa pertukaran kripto yang besar.

Sumber:

https://bitcoinist.com/litecoin-contract-trading-opens-on-huobi-dm-xrp-to-follow/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads