Default – Above Header Ads

Koperasi Makanan Terbesar Amerika Bakal Laksanakan Projek Perintis Menggunakan Teknologi Blockchain Mastercard

Topco Associates, organisasi pembelian kumpulan makanan runcit terbesar di Amerika, akan melaksanakan projek perintis teknologi blockchain Mastercard dalam operasinya. Topco akan menguji platform penjejakan yang dibangunkan oleh firma logistic, Envisible. Platform Wholechain dibina berasaskan teknologi Provenance Solution, yang berasaskan blockcchain Mastercard.

Topco akan menggunakan platform untuk mengesan hasil tanaman, tenusu, daging dan makanan laut. Teknologi blockchain telah menemui aplikasi yang meluas dalam industri makanan dengan beberapa syarikat berprofil tinggi. Peruncit utama Amerika Walmart mula menggunakan teknologi blockchain untuk mengesan rantaian bekalan udang India pada awal bulan ini. Ini dilaporkan kali pertama teknologi blockchain telah digunakan untuk mengesan udang dari negara India.

Walmart China pula mula menjejaki makanan melalui rantaian bekalannya dengan menggunakan blockchain Vechain pada bulan Jun. Pada bulan Ogos, rantaian pasar raya terbesar di Switzerland dan peruncit, Migros mengumumkan bahawa ia akan menggunakan sistem penjejakan makanan berasaskan teknologi blockchain ‘TE-Food’ untuk produknya.

Rujukan:

https://www.businesswire.com/news/home/20191027005017/en

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.