Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Koperasi Produk Tenusu Utama AS Cuba Teknologi Blockchain Untuk Pengurusan Bekalan Makanan

 

Dairy Farmers of America (DFA), sebuah koperasi pemasaran susu nasional A.S., telah bekerjasama dengan ripe.io untuk melaksanakan projek blockchain yang bertujuan menambahbaik rantaian bekalan makanan. DFA adalah koperasi yang dimiliki oleh petani tenusu di 48 negeri, pendapatan bersihnya berjumlah $ 127.4 juta pada tahun2017, manakala jualan bersihnya melebihi $ 14 bilion. Padatahun 2017, koperasi menguruskan pemasaran sebanyak 64.4 bilion pound susu, yang mewakili kira-kira 30 peratus daripada jumlah pengeluaran susu di A.S.

Kini, DFA merangkul teknologi blockchain untuk meningkatkan ketelusan rantaian bekalan. Projek perintis ini menggunakan platform blockchain yang dibangunkan oleh ripe.io dan menggunakan data dari ladang anggota DFA dan daripada kilang pengeluaran DFA.

David Darr, Naib Presiden Kemapanan dan Perkhidmatan Anggota di DFA, berkata: “Pengguna hari ini ingin tahu darimana makanan mereka datang dan teknologi blockchain, seperti ripe.io, memberi pengguna data masa nyata, yang benar-benar boleh membantu meningkatkan kepercayaan dan keyakinan mengenai pengeluaran makanan dari awal hinggaakhir.” Darr berkata pada masa ini, DFA berhasrat menilai teknologi blockchain dan meneroka bagaimana organisasi dapat memanfaatkan penggunaannya.

Sumber:

http://www.dfamilk.com/newsroom/press-releases/dfa-explores-blockchain-technology

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads