Korea Selatan akan Meneruskan Larangan ICO, Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan
Korea Selatan akan meneruskan larangan mereka terhadap ICO di negara itu, penguatkuasa kewangan negara itu Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan (FSC) sahkan dalam sidang media pada 30 Januari.
Mendedahkan hasil kajian survey yang dijalankan pada September 2018, badan penguatkuasa itu mengatakan ia telah menjumpai bahawa firma yang menjalankan ICO telah menggunakan bidang kuasa luar, tetapi masih lagi mengutip dana dari rakyat Korea Selatan.
Korea Selatan telah melarang ICO secara rasmi pada bulan September 2017, mengatakan ketidakstabilan dan manipulasi yang mudah sebagai sebab-sebab untuk menghalang rakyatnya daripada membeli token matawang kripto.
“Jika terdapat perbuatan menyalahi undang-undang, pihak ketiga perlu campur tangan, tetapi susah untuk campur tangan sehingga jumlah transaksi atau harga naik,”media tempatan FN News melaporkan pegawai FSC berkata ketika itu.
Harapan untuk pemulihan pasaran muncul pada bulan Ogos yang lalu selepas Perhimpunan Nasional mula membahaskan larangan itu, tetapi melihat kepada penurunan pasaran kripto kini pandangan itu telah berubah.
“Kerajaan telah mengambil langkah berhati-hati ke atas kawal selia ICO. Kami akan kekal dengannya,”sidang media itu katakan.
Kajian survey itu mendedahkan bahawa Singapura dan Switzerland adalah tempat paling popular untuk menjalankan ICO dalam kalangan syarikat yang menjawab FSC. Sebanyak 22 firma menerima kajian survey itu, tetapi hanya 13 yang membalas, Menurut sidang media.
Dari segi global, ICO telah terjejas sepanjang 2018 kerana pasaran kripto yang menurun. Seperti yang dilaporkan Cointelegraph baru-baru ini, terdapat banyak token yang didagangkan bawah daripada harga penjualan sewaktu ICO.
Sumber:
https://cointelegraph.com/news/south-korea-will-keep-ico-ban-says-financial-services-commission
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!