Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Korea Selatan Lancarkan Rang Undang-Undang Untuk Menyediakan Asas Undang-Undang Matawang Kripto

Perhimpunan Kebangsaan Korea Selatan sedang melancarkan satu rang undang-undang yang akan menyediakan asas undang-undang untuk matawang kripto di negara ini. Rang undang-undang itu mengkategorikan mata wang maya sebagai aset digital dan berhasrat membawa kejelasan dan ketelusan pengawalseliaan kepada pasaran kripto di Korea Selatan.

Rang undang-undang itu telah diluluskan oleh jawatankuasa dasar kebangsaan Dewan Negara dan masih perlu diluluskan oleh jawatankuasa kehakiman. Sekiranya diluluskan, undang-undang akan berkuatkuasa pada tahun 2020. Di bawah rang undang-undang ini, semua perniagaan yang berkaitan dengan matawang kripto di Korea Selatan dikehendaki mendaftar dengan Unit Perisikan Kewangan (FIU), Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan (FSC) dan melaporkan kepada pihak berkuasa.

Untuk diluluskan sebagai firma kripto di negara ini, perniagaan kripto perlu mendapatkan sijil Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat dari Internet dan Agensi Keselamatan Korea yang dikendalikan oleh kerajaan. Rang undang-undang baru bertujuan untuk menghalang pengubahan wang haram dan melindungi pelabur

FSC menyatakan bahawa undang-undang itu akan menjadikan pasaran kripto lebih telus dan mengesahkan pelaburan dalam aset digital. Pihak berkuasa menekankan bahawa rang undang-undang itu memerlukan perniagaan yang berkaitan dengan kripto untuk menghalang amalan dan jeayah seperti pengubahan wang haram.

Di samping itu, firma kripto perlu mengguna pakai sistem pemantauan mereka sendiri untuk transaksi kewangan yang mematuhi piawaian oleh Pasukan Petugas Tindakan Kewangan. Mereka yang gagal menubuhkan sistem pengawasan mereka akan dikenakan hukuman, menurut laporan pelancaran tersebut.

Rujukan:

http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/article.aspx?aid=3070773

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.