Default – Above Header Ads

Korea Utara Membangun Matawang Kripto yang Akan Menjadi ‘Lebih dari Bitcoin’

Walaupun ia masih di peringkat awal, matawang kripto Korea Utara adalah percubaan untuk mengelak dari sekatan dan US dollar yang menguasai global, menurut wakil dari VICE News.

Sama ada baik atau tidak, Korea Utara kini menyertai China, Facebook dan entiti besar yang untuk mencuba nasib mereka ke atas aset berdasarkan blockchain yang desentralisasi. Walaupun begitu, tidak seperti yang lain, aset Korea Utara akan menjadi seperti matawang kripto yang lain seperti Bitcoin, sekurang-kurangnya buat masa ini, menurut eksekutif yang bertanggungjawab ke atas persidangan matawang kripto lain dalam negara itu, Alejandro Cao de Benos.

“Kami masih dalam peringkat awal penciptaan token ini. Kini kami dalam fasa mengkaji barangan yang akan memberi nilai kepadanya,” menurut Cao de Benos. Mereka tidak mahu mendigitalisasi won, tetapi mencipta aset yang berasingan.

Namun begitu, bercakap dengan United Nations melalui telefon, wakil dari kedutaan Korea Utara berkata: “Saya tidak berada dalam posisi untuk memberi anda jawapan” apabila diminta mengesahkan kenyataan Cao de Benos.

Ia sangat menarik bahawa Cao de Benos berkata negara itu masih di awal pembangunan, memandangkan Korea Utara telah bermain dengan matawang kripto sejak bertahun lagi. Malah, ia didakwa bahawa negata itu adalah salah satu whale matawang kripto, dan telah menggunakan teknologi blockchain untuk mengelak dari sekatan buat sekian lama.

Negara itu juga telah menganjurkan persidangan blockchain malah pernah dituduh mencuri berbilion matawang kripto. Dengan membangun asetnya sendiri, mereka akan boleh mengawalnya mengikut kehendak mereka, dan sebab itu juga Facebook takut China berbuat yang sama. Aset semasa seperti Bitcoin tidak anonymous seperti yang dianggap ramai, jadi Korea Utara tidak boleh berbuat sesuka hari mereka tanpa akibat.

Namun begitu, tidak semua niat negara itu jahat. Eksekutif itu mendedahkan bahawa sesetengah syarikat sedang bekerjasama dengan Korea Utara untuk membangun sistem blockchain untuk kesihatan dan kewangan, termasuk indusri lain.

Sumber:

https://beincrypto.com/north-korea-developing-cryptocurrency-that-will-be-more-like-bitcoin/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.