Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Korelasi Harga Bitcoin dengan Emas Naik Hampir Dua Kali Ganda dalam 3 Bulan yang Lalu

Korelasi antara emas digital dan fizikal naik hampir dua kali ganda dalam tiga bulan yang lalu, menurut data terkini dari Bloomberg yang didedahkan pada 7 Ogos.

Statistik menunjukkan bahawa sementara korelasi antara Bitcoin dan emas sepanjang tahun lalu adalah pada 0.496, dalam masa tiga bulan yang lalu angka ini telah meningkat dua kali ganda mencecah 0.837 – di mana co-efficient +1 menunjukkan korelasi yang sempurna, dan -1 adalah tiada korelasi.

Bloomberg menyatakan bahawa sepanjang tahun lalu, korelasi antara kedua-dua aset adalah rambang: dengan kedua-dua aset berdagang secara inverse sebanyak 49% ketika itu, dengan korelasi menurun 22% daripada tempoh itu dan korelasi menaik 29% daripada tempoh itu. Namun itu sejak 8 Mei tahun ini, korelasi perdagangan mereka telah naik ke 58%.

Artikel itu menyatakan bahawa caveat adalah 3 bulan merupakan set data yang kecil secara relatif, dan juga hakikatnya bahawa korelasi tidak bermakna ianya penyebab (causation). Tambahan lagi, penulis artikel itu menyatakan bahawa stablecoin Tether (USDT) – dan bukannya hanya pengaruh pasaran – mempunyai impak signifikan terhadap harga Bitcoin dan kecairan pasaran kripto.

Namun begitu, suasana geopolitikal dan makroekonomi buat masa kini juga memainkan peranan dalam interpretasi data itu. Artikel itu menyatakan bahawa impak negatif peperangan perdagangan antara AS dan China kepada ekonomi dunia – di mana Bitcoin, seperti dinyatakan pelabur Tim Draper, boleh menawarkan “hedge” yang baik.

Pengiktirafan yang bertambah tentang Bitcoin sebagai aset selamat di sebabkan kerana ciri-ciri non-sovereign yang relevan dalam suasana geopolitikal yang tidak boleh dijangka. Matawang itu melakukan “apa yang ia direka bentuk untuk lakukan hari ini,” menurut peguam matawang kripto dan blockchain Jake Chervinsky.

Jeremy Allaire, CEO firma pembayaran kripto Circle, berkata ketidakstabilan makroekonomi menyebabkan kenaikan nilai Bitcoin sebagai “mekanisme yang sangat selamat dan non-sovereign untuk menyimpan nilai yang boleh wujud di mana sahaja Internet wujud.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/bitcoin-price-correlation-with-gold-nearly-doubled-in-past-3-months

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads