Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Kraken Baru Sahaja Menutup Perdagangan Bitcoin SV, dan Harganya Berterusan Jatuh

 

Bursa pertukaran Kraken telah mengikuti beberapa bursa pertukaran lain dalam keputusan untuk mengeluarkan Bitcoin Cash SV (BSV) dari senarai bursa itu, satu langkah yang telah meningkat sejak keputusan Craig White untuk menghantar notis undang-undang kepada pengguna Twitter dan juga tokoh-tokoh seperti Vitalik Buterin dan Peter McCormack.

Bursa itu menyertai Binance dan ShapeShift dalam membuang token itu, yang akan menjejaskannya. Syarikat itu merujuk kepada tindakan Wright dan saman terhadap bursa itu oleh penyokong token itu, berkata dalam terbitan blog, 

“Sepanjang beberapa bulan yang lalu, kumpulan disebalik Bitcoin SV telah bertindak secara tidak beretika kepada kedudukan kami di Kraken dan majoriti Komuniti kripto. Ia bermula dengan dakwaan palsu, bertambah kepada ancaman dan tindakan undang-undang, di mana kumpulan BSV menyaman beberapa orang yang menentangnya. Ancaman yang dibuat minggu lalu kepada ahli individu dalam komuniti adalah yang terakhir boleh diterima.”

Harga token Bitcoin Cash SV telah menurun sejak apa yang berlaku mengenai Hodlonaut, dan komuniti kripto telah bersatu untuk menentang token itu. Pengasas bersama Morgan Creek dan penyokong Bitcoin, Anthony Pompliano, telah pada awalnya telah memanggil bursa pertukaran untuk membuang token BSV dari senarai  pada 1 Mei, dan nampaknya banyak bursa pertukaran yang mengikuti nasihatnya.

Binance juga telah membuang token itu dari senarainya, selepas CEO Changpeng Zhao meminta Craig Wright untuk bertindak lebih berjaga-jaga atau menghadapi risiko dibuang dari senarai.

Sumber: 

https://www.investinblockchain.com/kraken-just-now-disabled-bitcoin-sv-trading-price-continues-to-decline/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.