Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Kraken Menerima 475 Permintaan Pendedahan daripada Penguatkuasa di 2018

Bursa pertukaran kripto yang beroperasi di Amerika Syarikat, Kraken telah mencipta dan menerbitkan infografik yang menunjukkan statistik permintaan pendedahan maklumat yang dihantar oleh penguatkuasa seluruh dunia.

Ketelusan tidak membuatkan anda lebih terdedah, menurut filosofi bisnes dan pengurusan Kraken. Sebaik Sahaja CEO Jesse Powell mempersoalkan kekaburan berkenaan penglibatan Ripple Labs dalam matawang kripto XRP, Kraken pula mengeluarkan infografik terperinci yang bertajuk, “2018 Transparency Report (Laporan Ketelusan 2018).”

Laporan itu mendedahkan bahawa bursa pertukaran kripto itu telah menerima sebanyak 475 permintaan berbeza daripada penguatkuasa pada tahun yang lalu. Jumlah pendedahan yang diminta pada tahun 2018 adalah lebih hampir 3 kali ganda daripada tahun 2017, lebih 6 kali ganda daripada tahun 2016, dan hampir 12 kali ganda lebih daripada angka tahun 2015.

Semasa tempoh suku tahun terakhir 2018, terdapat peningkatan dalam permintaan pendedahan maklumat daripada penguatkuasa seluruh dunia, dengan 65 permintaan yang dihantar ke Kraken pada Oktober, 44 pada November dan 47 pada bulan Disember. 66 peratus daripada permintaan kepada bursa pertukaran kripto yang beroperasi di EU, Jepun, dan Kanada adalah daripada Amerika Syarikat; 13 peratus dari UK; dan 7 peratus daripada Jerman.

Jumlah kesemua permintaan pendedahan maklumat dari Amerika Syarikat adalah 315. US Department of Homeland Security telah membuat permintaan paling banyak (91), diikuti FBI (67) dan Drug Enforcement Administration (40).

Menurut laporan itu, “Anda boleh lihat mengapa kebanyakan bisnes memilih untuk menghalang pengguna Amerika Syarikat. Kos untuk mengendalikan sepina (tidak kira ada lesen atau tidak) cepat menjadi penghalang untuk memasuki pasaran Amerika Syarikat.”

Seperti yang dilaporkan CryptoGlobe pada bulan Disember 2018, Kraken telah mempertimbangkan private offering untuk peluang ambil alih. Bahagian Pengurusan syarikat itu ingin menjual sebahagian daripada saham syarikat itu kepada kliennya, dengan pelaburan minima sebanyak USD$100,000.

Dalam satu survey yang dihantar kepada klien teratas Kraken, syarikat itu menjelaskan ia mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk menjalankan operasi. Namun begitu, syarikat itu merasa ianya satu peluang ambil alih yang baik memandangkan “simpanan signifikan” syarikat itu dalam pasaran kripto. Kraken merancang untuk mendapatkan USD$4 bilion daripada pelaburan itu.

Sumber: 

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/01/us-based-kraken-exchange-received-475-disclosure-request-from-regulators/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.