Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Kripto Aset Grayscale Mencecah $3 Bilion dengan Lonjakan Harga Bitcoin

Data terbaru firma pelaburan yang fokus kepada Bitcoin, Grayscale, menunjukkan keseluruhan aset di bawah pengurusannya (AUM) telah mencecah $3 bilion.

Penganalisa menjangka pelabur institusi akan masuk ke dalam matawang kripto tahun ini, dan setakat ini ia nampaknya adalah begitu.

Grayscale melaporkan pada bulan Mei bahawa hedge fund telah membeli belah Bitcoin dengan banyak. Dalam suku tahun pertama 2019, aliran masuk hedge fund ke dalam produk Grayscale melonjak ke $24 juta berbanding hanya $1 juta dalam Q4 2018. Firma itu juga menambah bahawa 56% daripad jumlah pelaburannya semasa suku tahun itu adalah kerana aliran masuk hedge fund, membawa kepada kenaikan 42% dari suku tahun-ke-suku tahun dalam jumlah aliran masuk.

Grayscale Bitcoin Investment Trust (GBTC) yang seringkali disebut nampaknya adalah benefisiari terbesar aliran masuk hedge fund. Produk itu merangkumi hampir $2.85 bilion daripada keseluruhan jumlah aset dibawah pengurusan syarikat itu, menurut laporan terkini.

Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan GBTC dijangka akan melonjak dengan larian bull Bitcoin, menurut pengasas bersama Fundstrat Thomas Lee. Jadi hedge fund nampaknya berpusu-pusu memasuki pelaburan itu supaya mereka tidak ketinggalan dengan keuntungan daripada Bitcoin.

AUM Grayscale adalah $1.3 bilion pada awal bulan Mei. GTBC sahaja merangkumi hampir $1.2 bilion daripada jumlah itu.

Jadi firma pelaburan itu telah melihat kenaikan besar dalam AUM kerana larian Bitcoin yang parabolik.

Harga Bitcoin telah naik dengan tinggi tahun ini walaupun dengan tekanan geopolitikal dan pasaran saham yang tidak stabil yang memberi kebimbangan kepada pelabur. Ini telah menetapkan kedudukan Bitcoin sebagai aset safe haven, memberi hedge fund satu kelas aset baru untuk melabur selain daripada emas.

Ini adalah kemungkinan besar mengapa pelabur institusi kini lebih berminat terhadap Bitcoin sebagai pelaburan. Pengurus aset Fidelity, yang memulakan perkhidmatan jagaan Bitcoin untuk pelanggannya awal tahun baru ini, menjalankan survey ke atas 441 pelabur institusi. Ia menjumpai 72 peratus daripada pelabur mempunyai keutamaan kepada membeli produk pelaburan dengan aset digital.

Tambahan lagi, 57 peratus daripada pelabur didedahkan bahawa mereka lebih gemar membeli aset digital seperti Bitcoin secara langsung. Fidelity menjumpai bahawa hampir separuh daripada pelabur institusi ingin memasukkan aset digital ke dalam portfolio.

Sumber:

https://www.ccn.com/crypto/grayscale-hits-3-billion-assets-bitcoin-price-rages-on/2019/06/27/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads