Default – Above Header Ads

Kripto Dalam Keadaan Selamat Dan Stabil, Bitcoin Dijangka Mengalami Kenaikan Pada Suku Pertama Tahun 2019

 

Mike Novogratz, seorang pelabur mata wang kripto yang terkenal, dan Ketua Pegawai Eksekutif Galaxy Investment Partners mengatakan bahawa beliau tidak menjangkakan kenaikan harga Bitcoin sehingga penggunaan institusi berlaku, yang mana boleh berlaku pada separuh pertama tahun depan. Bercakap dengan Bloomberg Erik Schatzker dalam “Bloomberg Markets: The Close,” beliau yang terkenal dengan keyakinannya tentang masa depan kripto, terutamanya Bitcoin, berkata harga Bitcoin tidak akan melepasi harga $ 10,000 pada 2018.

Novogratz juga bercakap mengenai keputusan Fidelity Investments untuk melancarkan penyelesaian penjagaan yang khusus mengenai keselamatan aset digital pelabur institusi. Beliau percaya langkah ini oleh Fidelity akan memihak kepada pasaran, tetapi dia agak berhati-hati seberapa pantas mereka dapat mencapainya. Beliau terus menambah bahawa Fidelity tidak akan “melihat aliran institusi ke dalam aset kripto lewat suku pertama atau awal suku kedua tahun depan.”

Bulan lepas, Novogratz memberitahu CNBC bahawa beliau melihat kenaikan harga Bitcoin sebanyak 30 peratus menjelang akhir tahun ini. Beliau juga berkata apabila harga kembali pada lingkungan $ 10,000, institusi akan mempunyai tanda yang jelas untuk institusi besar untuk mulakan pelaburan.”

Sumber:

https://www.bloomberg.com/news/articles/2018-10-15/novogratz-says-bitcoin-rally-likely-to-take-place-next-year

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads