Kripto ‘Senyap’ Buat Sementara Waktu, Perlu Fokus dalam Pembangunan
Andy Bromberg, pengasas bersama dan presiden CoinList, “spin-off” AngelList untuk kripto dan ICO, telah berkata semua hype tentang matawang kripto telah hilang dan dia merasa pasaran akan kekal senyap buat sementara waktu.
Terdapat banyak projek blockchain dan kripto yang telah tutup atau terpaksa mengurangkan skala operasi mereka – kerana ketiadaan dana.
Memberi komen tentang industri kripto sedia ada, Bromberg, bekas saintis di Stanford Bitcoin Group, memberitahu Yahoo Finance dalam temubual pada 31 Januari:
“Kita telah melihat gelombang hype sekeliling ICO pada tahun 2017, awal 2018 dan terdapat pengurangan. Dan kini di tahun 2019, ia seperti orang lebih fokus kepada pembangunan…saya rasa pasaran akan senyap seketika, sementara orang tertumpu kepada penciptaan. Ia sedikit seperti Mesopotamia, saat ‘ambang tamadun’, di mana semua mempunyai apa yang mereka perlukan untuk fokus dan mula membina empayar, dan mencipta masa depan, dan Itulah apa yang sedang berlaku tahun.”
Sebagai syarikat yang menjalankan penyelidikan pasaran tentang ICO, CoinList setakat ini rekomen lima projek token kripto di lamawn webnya. Ini termasuk:
- Filecoin – protokol “pengambilan semula data dan penyimpanan kooperatif berdasarkan blockchain”
- Blockstack – “ekosistem yang membolehkan pengguna mengawal identiti mereka, pemilikan data, privasi dan keselamatan” yang desentralisasi
- Origin – platform berdasarkan Ethereum yang “membolehkan pembeli dan penjual berinteraksi sesama sendiri…tanpa pengantara (dan tanpa yuran).
- TrustToken – “platform untuk membina token Bersandarkan aset.”
- Props – “ekosistem desentralisasi tentang aplikasi video”.
Apa yang menarik adalah tidak satu pun projek kripto yang disenaraikan di atas telah melancarkan token mereka. Mereka yang ingin melabur dalam platform blockchain yang direkomen CoinList perlu mempunyai status pelabur yang diiktiraf. Dalam kebanyakan bidang kuasa, pelabur yang diiktiraf mesti mempunyai nilai $1 juta (tidak termasuk nilai tempat tinggal utama) atau sekurang-kurangnya $200,000 dalam pendapatan tahunan.
Menerangkan bahawa terdapat penjualan token yang akan dijalankan dengan cara yang mematuhi peraturan, Bromberg berkata:
“Terdapat risiko kawal selia, tetapi mereka telah menjalankan ICO dalam apa yang kita anggap sebagai cara yang mematuhi undang-undang sejak awal lagi, Filecoin, Blockstack, beberapa penjualan token yang besar, mereka melakukannya dengan menganggapnya seperti penjualan sekuriti, dan itu adalah cara yang mematuhi peraturan.”
Mengiktiraf bahawa harga matawang kripto yang tinggi dan penilaian projek adalah baik untuk ekosistem yang baru mula berkembang, Bromberg mengatakan:
“Adakah saya ingin harga naik lebih tinggi? Sudah tentu ia akan mencipta buzz yang lebih banyak. Tetapi sebaliknya saya akan mengambil pembangunan, saya akan mengambil hasil, saya akan mengambil penggunaan.”
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!