Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Kumpulan Blockchain EU Dilancarkan Dengan Penyertaan SWIFT dan Ripple

 

SWIFT, IBM, Ripple dan dalam 100 lagi firma dan organisasi lain telah menyertai persatuan blockchain baru untuk mempromosi penggunaan teknologi itu di seluruh EU.

Inisiatif dari European Commission, kumpulan baru itu – International Association of Trusted Blockchain Applications (INATBA) – dilancarkan pada 3 April di Brussels, Belgium.

INATBA telah ditubuhkan sebagai “forum multi-stakeholder global” bertujuan untuk membawa bersama-sama pembangun dan pengguna teknologi blockchain untuk mempromosi penggunaan mainstream di pelbagai sektor.

Persatuan itu merancang untuk membina rangka kerja untuk menggalakkan kolaborasi sektor awam dan swasta, dialog dengan penguatkuasa dan pembuat polisi dan “jangkaan undang-undang”, dan juga memastikan terdapat “integriti dan ketelusan” dalam infrastruktur blockchain. Ia juga akan membangunkan panduan dan spesifikasi untuk blockchain dan aplikasi berdasarkan lejar teragih.

Kumpulan itu juga termasuk ahli berpengaruh yang lain, termasuk bank seperti Barclays dan BBVA, firma konsultan Accenture dan syarikat kecantikan Perancis, L’oreal. Beberapa startup blockchain juga telah menyertainya, seperti studio pembangunan Ethereum, ConsenSys AG, firma perlombongan kripto Bitfury, firma blockchain enterprise, R3, pengeluar hardware wallet matawang kripto, Ledger, dan pembangun protokol matawang kripto IOTA.

Penubuhan INATBA telah berada di arena awal untuk beberapa bulan. Carlos Kuchkovsky, ketua penyelidikan dan pembangunan untuk perniagaan digital baru BBVA, berkata pada bulan November bahawa persatuan itu boleh memegang peranan besar dalam membangun standard blockchain dan “mengelak perpecahan di peringkat Eropah.”

Pelancaran itu melihat beberapa pegawai European Commission membuat ucapan, termasuk Mariya Gabriel, Pesuruhjaya untuk Ekonomi dan Masyarakat Digital, yang akan menyampaikan keynote. Selain itu, acara itu melibatkan beberapa panel, seperti perbincangan tentang potensi blockchain.

Sumber:

https://www.coindesk.com/eu-blockchain-group-launches-with-swift-ripple-onboard

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads