Default – Above Header Ads

Kumpulan Blockchain New Zealand Memohon Strategi Blockchain Kerajaan

Kumpulan industri blockchain New Zealand, BlockchainNZ mengumumkan bahawa ia akan memohon strategi blockchain kebangsaan dari kerajaan pada 30 Mei, menurut sidang media yang dikeluarkan pada 21 Mei.

Pengarah eksekutif BlockchainNZ, Mark Pascall, akan memberi penyampaian kepada jawatankuasa pembangunan ekonomi, sains dan inovasi parlimen New Zealand untuk mendengar tentang potensi kelebihan ekonomi dalam implementasi penyelesaian teknologi blockchain dalam negara itu.

Penyampaian itu dilaporkan akan menjadi seminar perkenalan tentang blockchain, bitcoin, smart contract, token sekuriti dan organisasi desentralisasi.

Pascall menyatakan bahawa BlockchainNZ inginkan pakarnya berkerjasama dengan kerajaan untuk membentuk strategi ini, dan juga menekankan skop kewangan blockchain dalam tahun 2019:

“Jadi, kami inginkan kerajaan mengambil serius tentang blockchain dan mengeluarkan strategi. Kami boleh membantu mereka dengannya supaya kami boleh menyeimbangkan antara merancang untuk masa depan yang sukar dijangka dan mengambil tindakan supaya kita sedari potensi kelebihan besar untuk negara ini.”

BlockchainNZ adalah kumpulan meliputi perniagaan, organisasi dan pakar dalam blockchain yang dibentuk pada tahun 2016. Pada tahun 2018, organisasi itu mengundi untuk menjadi sebahagian daripada New Zealand Tech Alliance.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/new-zealand-blockchain-group-to-request-government-blockchain-strategy

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.