Default – Above Header Ads

Kumpulan Kripto Berbilion Dolar Melancarkan Platform Media Sosial Baru di EOS

Block.one akan melancarkan rangkaian media sosial baru yang dipanggil Voice. Platform itu akan dibina di EOS, blockchain awam, membuang semua kawalan korporat. Kumpulan pembangun berkata penciptaan kandungan akan telus sepenuhnya dan rangkaian sosial baru itu akan mengelak daripada isu-isu yang menyebabkan pengguna dan pegawai kerajaan berhati-hati dengan Facebook.

Menurut pengumuman rasmi,

“Voice adalah platorm media sosial yang lebih telus untuk dunia, di mana nilai kandungan yang baik akan diedarkan kembali ke dalam mengekalkan komuniti ini, bukannya bottom line korporat.”

CEO Brendan Blumer berkata Voice akan mengubah model Facebook, melebihkan orang daripada keuntungan.

“Sebenarnya, platform media sosial sedia ada direka bentuk untuk menggunakan penggunanya. Lihat sahaja model bisnes. Kandungan kita. Data kita. Perhatian kira. Ini semua adalah benda-benda yang amat bernilai. Tetapi buat masa ini, ianya adalah platform, dan bukan pengguna yang mendapat pulangan. Daripada rekabentuknya, mereka berjalan dengan melelongkan maklumat kita kepada pengiklan, mendapatkan keuntungan dan mambanjiri feed kita dengan agenda tersembunyi yang ditentukan oleh pembida tertinggi. Voice mengubah semua itu.”

Blumer berkata ketelusan akan menjadi teras pengalaman pengguna. Setiap penyumbang akan akan bermain dengan peraturan yang sama, membuang agenda tersembunyi, algoritma yang tidak diingini, bot mob dan penjejakan data.

Platform itu terbuka untuk pengguna beta, dan orang ramai,

“Adakah anda manusia? Jika ya, anda sudah bersedia untuk membuat profil! Kami menggunakan sistem pengesahan khas untuk memastikan setiap pengguna di Voice adalah orang yang sebenar. Tiada robo-mobs. Tiada catfish. Tiada akaun palsu.”

Model berdasarkan kredit memberi insentif kepada pengguna untuk mencipta kandungan dengan memberi ganjaran token Voice.

Post anda diterbitkan! Apabila pengguna lain menyukainya, anda akan menerima token Voice dan post anda mendapat lebih ramai pembaca. Semakin popular post anda – semakin banyak anda terima.

Gamification membolehkan pengguna membelanjakan token untuk kelebihan.

“Guna token anda untuk meletakkan pendapat anda di atas dan pastikan anda didengari. Jika orang lain menaikkan Voice mereka di atas anda, anda akan mendapat balik token anda dan token Voice tambahan.

Anda boleh melihat Voice di sini.

Sumber:

https://dailyhodl.com/2019/06/02/multi-billion-dollar-crypto-team-launching-new-social-media-platform-on-eos/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.