Default – Above Header Ads

Kumpulan Separatist Afrika Melancarkan Matawang Kripto yang Disokong Kerajaan Negeri

Laporan yang datang dari negara Afrika mengatakan bahawa kumpulan Separatist di Cameron yang sedang berjuang untuk kemerdekaan negeri yang diisytihar sendiri, Ambazonia, baru-baru ini melancarkan matawang kripto yang disokong kerajaan negeri, AmbaCoin.

Menurut kumpulan itu, fungsi coin tersebut adalah untuk membantu “memberi bantuan kemanusiaan kepada mereka yang terkesan dengan konflik di kawasan daerah Anglophone dengan harapan untuk mengumpul sebanyak USD$250 juta.”

Penciptaan coin itu juga adalah untuk memberi sokongan kepada kerajaan negeri dan menjadi pengganti kepada matawang negara rasmi Swiss Cameroon, iaitu CFA Franc. Penciptaan coin itu akan memberi sumbangan besar kepada agenda kumpulan itu untuk kebebasan sepenuhnya.

Menurut ahli projek AmbaCoin itu, Frank, pelancaran coin tersebut bertujuan untuk bantuan kemanusiaan. Frank yang masih kekal anonymous juga telah menjelaskan bahawa dana yang dikumpul akan digunakan untuk tujuan kemanusiaan.

Projek itu telah membangunkan laman web untuk membantu penjualan token. Melalui laman web itu, pembeli boleh membeli AmbaCoin dengan mudah menggunakan Bitcoin, Litecoin atau DashWhitepaper projek tersebut menyatakan bahawa coin itu akan menggunakan protokol PoS untuk pengurusan.

Oleh itu, aktiviti perlomobongan akan dibuang. Menurut whitepaper itu lagi, AmbaCoin akan menjadi nota kewangan yang digital, yang akan dibeli dan digunakan oleh rakyat Ambazonian di masa akan datang.

Sumber:

Africa Separatist Group Launches “State-Backed” Cryptocurrency

 

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.