Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Kutipan ICO pada Bulan Januari Kurang 95% daripada Bulan Terbaiknya, Menurut Data

 

Pelaburan dalam ICO telah jatuh lebih 95% menurut data daripada firma analisa matawang kripto Coinschedule.

Pada bulan Mac 2018, ICO mengutip sebanyak $5.8 biilon, namun begitu Coinschedule melaporkan cara popular untuk mengutip dana itu hanya berjaya mengutip $291 juta dari seluruh pelaburan sewaktu Januari 2019. Walaupun ICO tidak mengutip kapital yang besar sepertimana sewaktu penilaian projek blockchain lebih tinggi, Coinschedule menyatakan bahawa ICO masih lagi mengutip lebih 70% lebih dalam dana daripada bulan Januari 2017.

Apabila dibandingkan dengan tempoh masa semasa harga aset kripto mencecah rekod pada penghujung 2017 dan awal 2018, pasaran ICO telah menjadi Lebih perlahan. Data Coinschedule menunjukkan bahawa terdapat kurang daripada 50 ICO yang dilancarkan dalam minggu pertama Januari 2019. Tambahan lagi, ekosistem ICO menerima hanya $6 juta secara keseluruhan dari 424 penjualan token awam yang dijejak oleh Coinschedule. 

Ia adalah jumlah paling kecil pernah dikutip oleh ICO sejak 2017.

Seperti yang dilaporkan CryptoGlobe minggu yang lalu, ICO mengutip kurang 25% dalam pelaburan sewaktu Q4 2018 berbanding Q3 tahun yang sama. Menurut data, 594 ICO dijalankan dalam Q4 2018 manakalan dalam Q3 2018 554 ICO telah dijalankan. Data dari ICOBench menunjukkan bahawa sebanyak $1.4 bilion dikutip oleh ICO dalam Q4 21-8 berbanding $1.8 bilion dalam Q3 2018. 

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/02/icos-raised-95-less-funds-in-january-2019-compared-to-march-2018/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

===

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.