Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

KYC Binance Digodam, Ganjaran 25 BTC Ditawarkan

Data peribadi yang boleh dikenalpasti (personally identifiable data) 10,000 pengguna Binance nampaknya telah digodam, dengan antara bursa pertukaran kripto paling besar berkata:

“Kami ingin memberitahu anda bahawa seorang individu yang tidak dikenal pasti telah mengancam dan mengganggu kami, menuntut 300 BTC untuk 10,000 gambar yang menyerupai data KYC Binance.

Walaupun begitu mereka berkata, “terdapat sesuatu yang tidak konsisten apabila membandingkan data ini kepada data dalam sistem kami” dan bahawa “tiada bukti telah diberikan yang menunjukkan apa sahaja gambar KYC telah diambil dari Binance, kerana gambar-gambar ini tidak mengandungi watermark digital yang diletakkan sistem kami.”

Mereka juga menyatakan bahawa data itu bertarikh dari Februari 2018 apabila mereka “memberi kontrak kepada pihak ketiga untuk pengesahan KYC.”

Mereka tidak menamakan pihak ketiga itu, tetapi mereka mendakwa beberapa data telah dikongsi secara awam dan laman media untuk membuktikan bahawa mereka memilikinya.

Trustnodes tidak dihubungi dengan data itu, tetapi imej di bawah – yang menunjukkan kebanyakan individu Asia memegang ID dan nombor akaun Binance mereka – telah dikongsi di Reddit, dan telah dikaburkan untuk tujuan privasi.

Binance berkata mereka sedang bekerjasama dengan pegawai penguatkuasa dan menawarkan ganjaran sebanyak 25 BTC “jika anda boleh memberi maklumat untuk membantu mengenalpasti individu ini dan membolehkan kami mengambil tindakan undang-undang.”

Sumber:

https://www.trustnodes.com/2019/08/07/binance-kyc-hacked-25-bitcoin-reward-offered

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads