Default – Above Header Ads

Laporan dari Bekas Pengerusi CFTC Memanggil Peraturan Kripto Yang Lebih Menyeluruh

 

Laporan terkini yang diterbitkan oleh Brookings Institution memanggil untuk peraturan matawang kripto yang lebih mendalam. Laporan itu ditulis oleh fellow Universiti Harvard Timothy Massad, yang berkhidmat sebagai pengerusi CFTC Amerika Syarikat sewaktu pentadbiran Presiden Barack Obama.

Laporan ini yang digelar “Inilah masanya untuk menguatkan peraturan aset kripto” menujukan kepada keperluan untuk peraturan yang lebih baik untuk matawang digital, penggunaan matawang kripto untuk kegiatan jenayah, dan juga langkah-langkah untuk mengurangkan risiko serangan siber. Laporan itu juga memberi cadangan-cadangan bagaimana untuk memperbaiki peraturan matawang kripto sedia ada.

Menurut laporan itu, terdapat jurang antara aset kripto yang menyumbang kepada penipuan dan perlindungan pelabur yang lemah, yang sebahagiannya disebabkan standard tradisional untuk pasaran sekuriti dan derivatif tidak boleh diaplikasi kepada platform perdagangan matawang kripto.

Massad menulis mengenai bursa pertukaran matawang kripto yang tidak dikawal selia dengan baik, menjadikan mereka terdedah kepada penipuan dan manipulasi, dan juga konflik kepentingan, yang menambah keperluan peraturan untuk mengecilkan risiko operasi dan implementasi sistem keselamatan.

Laporan itu juga menyatakan bahawa pemantauan yang tidak mencukupi mewujudkan risiko yang lebih besar dari segi keselamatan siber dan pembayaran haram, yang menyebabkan lebih banyak serangan godam.

Bekas Pengerusi CFTC mencadangkan Kongres Amerika Syarikat untuk menyelesaikan isu-isu tersebut dengan cara menambah kawal selia pasaran tunai aset kripto, platform perdagangan dan pengantara lain yang beroperasi dalam pasaran itu.

Kedua-dua SEC dan CFTC dilaporkan berkebolehan untuk mengawal selia industri itu, jadi tidak ada keperluan untuk menubuhkan agensi baru. Laporan itu juga meyatakan bahawa Kongres patut memberi kuasa kepada SEC untuk mengawal selia peredaran matawang kripto dan juga peraturan platform perdagangan, penjaga, broker dan penasihat.

Peraturan baru itu juga perlu menyatakan prinsip teras, dan bukannya pengkhususan untuk peraturan, sepertimana Kongres telah lakukan untuk futures contract dan crowdfunding, menurut Massad. Dia menambah pada masa yang sama industri juga perlu terus membangunkan standard untuk self-regulation.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/report-from-former-cftc-chairman-calls-for-advanced-crypto-regulations

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.