Default – Above Header Ads

Laporan eToro: Jumlah Perdagangan Ripple XRP Tertinggi pada Bulan Januari 2019

 

Pasaran kripto masih cuba pulih daripada keadaan pasaran menurun yang menjejaskan kebanyakan matawang kripto utama. XRP, matawang kripto ketiga terbesar juga terjejas, tetapi telah mengekalkan jumlah perdagangannya. Menurut laporan daripada Dapplife, XRP adalah aset kripto paling banyak didagang di platform eToro.

eToro telah mengeluarkan tweet:

“Pedagang eToro mencampurkan kripto dan mendagangkannya dalam pelbagai instrumen. Pada Januari 2019, instrumen yang paling banyak didagang adalah minyak dan emas. Dari segi teknologi, saham paling banyak didagang adalah Apple, dan matawang kripto palong banyak didagang adalah XRP (oleh perdagangan terbuka unik).”

eToro, firma broker pelbagai aset dan perdagangan sosial mengeluarkan data menunjukkan jumlah perdagangan token itu. Pada bulan Januari 2019, matawang kripto itu merangkumi 29,991 perdagangan terbuka unik dan mengatasi Ethereum dan Bitcoin.

Matawang kripto terbesar di dunia, Bitcoin, mempunyai 25,148 perdagangan terbuka unik, kurang daripada Ethereum yang mempunyai 26,733 perdagangan terbuka unik. Memandangkan matawang kripto tidak diterima secara meluas di seluruh dunia dan dianggap masih di awal tahap pembangunan, ia hanya merekod 11.83% daripada keseluruhan aktiviti perdagangan.

Menurut eToro:

“Walaupun tiada trend jelas dalam pasaran kripto dalam masa 24 jam yang lalu, beberapa kripto telah melihat jumlah perdagangan yang tinggi, termasuk XRP. Kripto itu, yang ketiga terbesar berdasarkan modal pasaran, mengetuai kripto 10 teratas dalam kenaikan lebih 5% (ketika waktu penulisan). Namun begitu, XRP masih belum memadam kehilangan nilai yang dialami pada minggu lalu, kerana ia jatuh lebih 3% dalam minggu itu.”

Penyenaraian XRP di Coinbase dan spekulasi Ripple Liquid Index di NASDAQ telah menyebabkan sentimen pasaran menjadi positif terhadap matawang digital itu.

Sumber:

https://ambcrypto.com/ripples-xrp-notes-highest-trading-volume-in-january-2019-etoro-report/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads