Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Laporan Korea Selatan: Bursa Pertukaran Besar Bekerjasama untuk Menentang Penggubahan Wang Haram

 

Empat bursa pertukaran Korea Selatan telah dilaporkan bekerjasama untuk menentang penggubahan wang haram, sumber memberitahu agensi berita tempatan The Korea Herald pada Isnin, 28 Januari.

Memetik laporan daripada media tempatan Korea Selatan Yonhap, artikel itu menyatakan bahawa Bithumb, Upbit, Korbit dam Coinone telah dilaporkan menubuhkan hotline di mana pengguna boleh berkongsi maklumat tentang perdagangan yang pelik atau pembayaran yang mungkin berkait dengan jenayah, seperti skim piramid.

Menurut wakil yang tidak diketahui daripada salah satu operator, bursa pertukaran akan boleh memeriksa transaksi yang mencurigakan serta-merta dan terus menyekat akaun yang berkaitan.

Pada awal Januari, Cointelegraph melaporkan bahawa tujuh dari 21 bursa pertukaran kripto telah menerima kelulusan dari kerajaan Korea Selatan selepas audit keselamatan.

Sewaktu audit itu – yang berjalan antara September dan Disember 2018 – Bithumb, Coinone dan Korbit, bersama-sama empat lagi bursa pertukaran kripto lain, memuaskan hari penyiasat berkenaan kekuatan langkah keselamatan mereka. Namun begitu, kebanyakan firma yang disiasat dijumpai terdedah kepada serangan.

Bithumb, iaitu bursa pertukaran kripto kedua terbesar di dunia berdasarkan jumlah dagangan yang dilaporkan, baru-baru ini dituduh memalsukan jumlah dagangan sejak pertengahan tahun 2018, berikutan kes godaman $30 juta pada bulan Jun. Menurut servis penarafan kripto dan analisa CER, bursa pertukaran itu menggunakan wash trading dan menunjukkan kenaikan dalam aktiviti yang pelik, yang mungkin adalah tanda Manipulasi perdagangan. Namun begitu, Bithumb menafikan semua tuduhan.

Default – Inside Post Ads

Upbit juga telah dituduh memalsukan jumlah dagangannya dalam tiga tempoh masa antara Oktober 2017 dan Disember 2018. Walaupun siasatan sedang dijalankan, bursa pertukaran itu juga menafikan semua tuduhan.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/south-korea-report-major-exchanges-join-forces-to-combat-money-laundering

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads