Default – Above Header Ads

Laporan: Kutipan ICO Q1 2019 Sebanyak $118 Juta, Lebih 58 Kali Ganda Kurang dari Q1 2018

 

Lebih kurang $118 juta telah dikutip melalui ICO dalam Q1 2019, lebih 58 kali ganda kurang dari $6.9 bilion, jumlah kutipan tempoh yang sama pada tahun 2018, menurut laporan the Wall Street Journal pada 31 Mac.

Laporan itu mengambil data daripada laman web analitik ICO, TokenData. WSJ menyatakan bahawa pelabur menarik diri kerana tindakan penguatkuasa terhadap ICO yang tidak mematuhi peraturan, dan juga keadaan pasaran menurun sepanjang tahun lalu.

Salah satu kes terbaru berlaku pada bulan Februari, apabila SEC Amerika Syarikat mendakwa firma kripto Gladius Network dengan menjual sekuriti tidak berdaftar selepas syarikat itu melapor diri kepada pesuruhjaya itu.

Bulan yang lalu, rakan kongsi pengasas Future Perfect Ventures, Jalak Jobanputra mendakwa bahawa penilaian VC juga telah terjejas kerana keadaan pasaran kripto yang menurun.

Laporan terbaru itu juga mendedahkan bahawa daripada 2,500 projek yang dijejak TokenData sejak 2017, hanya 45 peratus yang dilaporkan berjaya mengutip dana.

Tambahan lagi, WSJ juga memetik kenyataan TokenData yang mengatakan bahawa hanya 15 peratus daripada token yang dikeluarkan oleh ICO yang berjaya didagangkan pada harga yang sama atau atas daripada harga asal mereka.

Artikel itu memetik kata-kata konsultan dan peguam Joshua Ashley Klayman yang menyatakan bahawa ICO sendiri akan hilang, tetapi pasaran untuk sekuriti digital tidak akan hilang. Baru-baru ini, STO telah menerima perhatian yang semakin meningkat daripada kedua-dua sektor swasta dan juga penguatkuasa kerajaan seluruh dunia.

Dalam konteks Amerika Syarikat, pelabur berhadapan dengan landskap peraturan yang bercapuk-capuk mengenai penjualan token. Pada bulan Februari, Wyoming meluluskan bil berkaitan pentokenisasi blockchain, sementara bil yang sama telah diluluskan oleh Delaware pada bulan September 2017.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/report-icos-raised-118-million-in-q1-2019-over-58-times-less-than-in-q1-2018

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads