Default – Above Header Ads

Laporan Mengatakan Pelabur Biasa Secara Perlahan-lahan Mengumpul Bitcoin

 

Pelaburan kripto institusi telah memenuhi berita kripto sejak kebelakangan ini, dan Walaupun derivatif kripto yang akan datang direka untuk melahirkan permintaan dalam sektor pasaran kecil itu, terdapat satu lagi golongan pelabur yang bersikap bullish tentang industri itu sejak awal lagi -pelabur harian (biasa).

Data daripada pembekal analisis kripto, Diar, menunjukkan bahawa pegangan Bitcoin dalam alamat yang memegang 1-10 Bitcoin menunjukkan perkembangan yang konsisten sebanyak 5% sejak ATH pada Disember 2017.

Laporan itu menyatakan bahawa tahun 2018 menjejaskan purata peningkatan pegangan Bitcoin daripada 35% kepada hanya 0.7%, namun begitu tahun 2019 angka ini meningkat kepada 3% dalam alamat yang mempunyai pegangan Bitcoin sebanyak 1-10 Bitcoin.

Tambahan lagi, dalam sistem itu, terdapat aktiviti dalam pengagihan harta, memandangkan alamat yang memegang jumlah Bitcoin yang besar (10-100 BTC) telah mengiktu trend yang bertentangan dengan alamat 1-10 BTC.

Walaupun fenomena ini mempunyai interpretasi yang bertentangan; ianya menunjukkan sentimen positif oleh pelabur biasa kepada jangkaan peningkatan dalam pasaran kripto. Pada masa yang sama, ia Mungkin menunjukkan pelabur besar sudah meninggalkan pasaran kripto. Apapun kes itu, peningkatan dalam pembelian oleh pelabur biasa dan pengumpulan Bitcoin Mungkin menunjukkan nilai spekulatif Bitcoin jatuh kepada harapan bahawa Bitcoin mungkin satu hari nanti akan merevolusi sistem barter.

Baru-baru ini, terdapat laporan tentang peningkatan dalam transaksi Bitcoin, dan juga menyebut tentang yuran transaksi yang semakin murah.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Pegangan pelabur biasa dianggarkan bernilai $6 bilion dan mungkin peningkatan dalam optimisma untuk matawang kripto utama itu akan kekal sehingga menjadi sesuatu yang signifikan dalam ekosistem Bitcoin. Dan mungkin pelabur institusi akan lebih berminat dalam kripto, lebih-lebih lagi Bitcoin.

Sumber:

https://bitcoinnews.com/report-suggests-retail-investors-are-slowly-amassing-bitcoin/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.