Default – Above Header Ads

Laporan: Pengasas ICO Mengaut Keuntungan Lebih $13 Bilion

 

Laporan terbaru dari penyelidikan BitMEX dengan kerjasama TokenAnalyst tertumpu kepada baki kewangan token ICO.

Laporan itu menunjukkan bahawa hampir $24.2 bilion yang dikutip melalui penjualan token ICO sehinggan penghujung Disember 2018. Namun, hanya sebanyak $5 bilion baki yang masih berada bersama kumpulan di belakang ICO, Menurut harga spot yang tidak boleh dicairkan.

Kumpulan pengasas meletakkan faktor yang menyumbang kepada susut nilai yang besar seperti kejatuhan harga di pasaran dan juga pemindahan dana itu dari alamat kumpulan pembangun. Dalam kalangan mereka, kejatuhan harga di pasaran menyumbang kepada hampir 54% kerugian.

Nilai tertinggi simpanan token kumpulan pembangun itu sendiri (berdasarkan harga tertinggi untuk setiap coin) adalah lebih daripada $80 bilion. Ini bermakna mereka kehilangan hampir $70 bilion daripada nilai tertinggi ini.

Biasanya terdapat dua cara untuk kumpulan pembangun membuat keuntungan, menurut laporan BitMEX: Pertama, menjual token baru itu, selalunya untuk mendapatkan Ether, dan kedua adalah memberi token itu kepada diri mereka sendiri.

BitMEX menggabungkan data dari laporan mereka dengan kedua-dua senario dan mendapati bahawa kumpulan pembangun ICO dilihat telah mengaut keuntungan hampir $13 bilion dari proses ICO. Butirannya adalah seperti berikut:

BitMEX mendapati pasaran ICO sebagai peluang yang besar untuk pengasas membuat keuntungan. Mereka hanya perlu menjual token baru mereka di pasaran untuk mendapatkan ETH, naikkan harga token mereka, dan hasilnya mendapat lebih Banyak ETH yang boleh dipegang atau dijual kemudian.

BitMEX menekankan bahawa tidak seperti pasaran tradisional, dalam pasaran ICO yang bebas tidak terdapat sekatan, klaus tambahan, atau jadual peletakan hak. Ini bermakna pengasas ICO boleh membuat keuntungan tanpa membangunkan produk mereka seperti yang dijanjikan kepada pelabur. Akhirnya pelabur yang akan rugi dalam senario itu.

Ironinya, walaupun terdapat susut nilai yang besar dalam pasaran ICO, pengasas ICO tetap “kelihatan memiliki lebih $5 bilion dalam token mereka, wang yang mereka dapat begitu sahaja.”

Sumber:

https://btcmanager.com/report-ico-founding-teams-may-have-profited-nearly-13-billion/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.