Default – Above Header Ads

Laporan: Perkembangan Pengkalan Pengguna DApp TRON adalah Yang Terpantas

 

Laporan yang dikeluarkan pada 9 April oleh laman web analitik aplikasi desentralisasi DApp.com telah mendedahkan bahawa Tron (TRX) mempunyai perkembangan pengkalan data DApp yang terpantas sementara pengkalan pengguna DApp Ethereum semakin mengecil.

Di blockchain Ethereum, terdapat penurunan 4 peratus dalam jumlah pengguna DApp berbanding tahun lalu. Terdapat dalam 72,422 pengguna lama yang masih lagi menggunakan DApp berdasarkan Ethereum di tahun 2019. Bursa pertukaran desentralisasi bertanggungjawab untuk lebih daripada separuh jumlah transaksi DApp ETH, diikuti aplikasi perjudian.

Tambahan lagi, gamers dilaporkan sebagai pengguna DApp ETH paling aktif, dengan lebih 40 peratus daripada pengguna aktif harian DApp terdiri daripada gamers, naik 10 peratus di Q1. Laporan itu mengatakan:

“Permainan berdasarkan Ethereum telah mencipta komuniti yang stabil dengan kumpulan pengguna yang setia.”

Menurut laporan itu, di Q1 2019, 504 DApps ditambah ke senarai DApp.com, di mana separuh daripadanya adalah berdasarkan Ethereum:

“Ia menunjukkan bahawa Ethereum masih lagi pilihan No.1 untuk pembangun membina DApp mereka. Pada masa yang sama, kita juga sudah melihat trend multi-chain ditubuhkan, kerana banyak dapps Ethereum berkembang di beberapa blockchain, seperti Ethereum + EOS atau Ethereum + Tron.”

Jumlah pengguna DApp aktif di blockchain Tron dilaporkan berjumlah lebih 300,000, sementara di EOS adalah 260,000. Tambahan lagi, menjelang penghujung Q1 2019, jumlah wallet Tron dilaporkan melebihi 2.3 juta dan dalam 15.46 peratus daripadanya berinteraksi dengan DApps. Faktor utama perkembangan dalam angka ini didakwa adalah aplikasi perjudian.

Dalam 85 peratus pengguna DApp Tron berinteraksi dengan aplikasi perjudian di Q1 2019, bermakna ianya adalah blockchain paling aktif antara keempat-empat blockchain itu.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa 95 peratus daripada DApps EOS dan lebih 80 peratus daripada DApps Steem melaporkan transaksi di Q1 2019. Di blockchain Ethereum, yang mengalahkan yang lain dari segi jumlah aplikasi, terdapat hampir 600 DApps yang tidak melaporkan satu pun transaksi dalam tiga bulan yang lalu.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/report-tron-has-fastest-growing-dapp-user-base-ethereum-still-developers-first-choice

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.