Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Laporan UN Memuji Kripto sebagai Masa Depan Kewangan Global

 

Laporan tahunan United Nations mengangkat Bitcoin dan matawang kripto sebagai “sempadan baru” dalam kewangan global dengan potensi yang sangat besar untuk merevolusi perniagaan.

Sebelum pelancaran  World Economic and Social Survey 2018, ia bukanlah satu rahsia bahawa International Assembly UN telah membuat pelaburan besar dalam Blockchain melalui UNICEF.

UN sendiri bukan pendatang baru dalam kalangan syarikat yang menggunakan blockhain. Ketua Amal Blockchain Binance telah menyatakan sebelum ini bahawa teknologi itu akan membawa “penyelesaian transformatif kepada masalah sosial, dan membantu mempercepatkan matlamat UN dalam pembangunan secara inovatif.”

Laporan terbaru UN merujuk kepada kelebihan kripto, blockchain dan teknologi lejar yang dikongsi, dan mencadangkan pertimbangan token yang dipanggil ClimateCoin, yang boleh menyelesaikan isu pengeluaran karbon pada masa hadapan, memandang ia isu yang sedang dibahaskan. Dalam laporan itu, UN menyatakan, “Matawang kripto melambangkan sempadan baru dalam kewangan digital dan populariti mereka semakin berkembang. Rangkaian desentralisasi matawang kripto, Bitcoin sebagai contoh terbaik…”

ClimateCoin dilihat sebagai penyelesaian menggunakan matawang kripto yang membolehkan pertukaran P2P kredit karbon dan membolehkan alat peranti mengira pengeluaran karbon dan mengimbanginya dengan betul melalui pembelian lebih banyak kredit.

UNICEF baru-baru ini menambah syarikat yang diberikan cabaran untuk membina prototaip untuk isu global seperti perkhidmatan kesihatan, akses berpatutan kepada penghubungan telefon mudah alih, dan kebolehan untuk mengalirkan kewangan dan sumber lain ke dalam projek sosial. Antara syarikat yang terlibat termasuk Atix Labs, Onesmart, Prescrypto, Statwig, Utopixar, dan W3 Engineers.

Badan utama UN menunjukkan minat terhadap “sempadan baru” ini sejak Mei 2018 apabila ia mengumumkan kolaborasi dengan IOTA untuk menambah baik tahap efisyen operasi Perkhidmatan Projek UN (UNOPS).

Sumber:

https://bitcoinnews.com/un-report-praises-crypto-as-new-frontier-of-global-finance/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.