Default – Above Header Ads

Lautan Merah: Altcoin Menjunam dan Pasaran Kripto Kehilangan $18 Bilion

 

Pembetulan pasaran yang dijangka telah bermula dan altcoin mendahului dalam penurunan itu. Dari rekod tinggi 2019 pada angka $186 bilion beberapa hari lalu, jumlah keseluruhan kapital pasaran kripto jatuh sebanyak $18 bilion apabila keuntungan baru-baru ini hilang sekali lagi.

Bitcoin gagal melepasi tahap rintangan di $5,400 dan telah jatuh ke lebih kurang $5,000, menyebabkan kehilangan 5 peratus dalam 24 jam apabila BTC jatuh ke tahap terendah dalam seminggu. Ramai yang menjangka penurunan itu dan ia akhirnya telah berlaku. Mengekalkan harga $5,000 penting untuk Bitcoin jika ia ingin mengekalkan prestasinya dan meneruskan trend menaik. Sewaktu penulisan, BTC berdagang dalam $5,050 di tradingview.com, pemulihan kecil selepas jatuh ke serendah $4,950 beberapa jam yang lalu.

Altcoins mendahului dalam pembetulan buat masa ini dengan beberapa altcoin jatuh teruk. Litecoin, yang menikmati kenaikan dua kali ganda tahun ini, telah jatuh sebanyak 9% hari ini dan berdagang di $78. Modal pasaran LTC adalah di tahap sama dengan EOS di tempat keempat dan EOS telah kehilangan 6% kembali ke $5.30. Bitcoin Cash juga telah kehilangan 6% dan kembali ke bawah $270. Bitcoin SV jatuh lebih 10% ke $70 dan Maker juga mengalami kerugian sebanyak 9% kembali ke $360.

Pasaran kripto telah jatuh ke tahap terendah untuk satu minggu tetapi masih lagi mengekalkan kenaikan 18% sejak awal April. Banyak altcoin masih lagi lebih tinggi daripada tahap terendah mereka pada pertengahan Disember lalu, jadi selagi modal pasaran tidak jatuh sehingga $100 bilion, kejatuhan kali ini kemungkinan besar adalah pembetulan pasaran kecil. 

Penganalisa masih lagi berbelah bagi sama ada ini adalah permulaan penurunan terakhir sebelum trend bullish bermula, mencerminkan pergerakan dari tahun 2015, ataupun ianya hanya pembetulan kecil. Formasi “golden cross” semakin dekat untuk Bitcoin yang mungkin mengekalkan kadar optimisme yang tinggi. Ia adalah pembalikan bullish apabila moving average jangka masa pendek, kebiasaannya 50 hari, menyeberangi moving average jangka masa panjang yang kebiasaannya 200 hari.

Dalam pasaran bear sebelum ini, indikator ini adalah isyarat yang kuat bahawa trend akan bertukar arah ke bullish. Dua minggu yang lalu telah menyegarkan kembali ruangan kripto apabila harga Bitcoin dan altcoin melonjak naik. Hari-hari akan datang adalah sangat penting untuk pasaran kripto.

Sumber:

https://ethereumworldnews.com/sea-of-red-altcoins-dump-as-crypto-markets-shed-18-billion/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads