Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Lebih Daripada Separuh Syarikat Akan Gunakan Teknologi Blockchain Dalam 3 Tahun, Menurut VP Oracle

 

Blockchain sudah menjadi satu buzzword sepanjang tahun lalu, tetapi ia tidak bermakna ia bukan penyelesaian yang boleh digunakan oleh perniagaan. Malah, satu pakar percaya teknologi yang popular kerana Bitcoin itu akan digunakan oleh lebih 60 peratus syarikat.

Jangkaan ini datang dari Naib presiden pembangunan produk blockchain Oracle, Frank Xiong, yang memberitahu Forbes CIO Summit bahawa dia menjangka “antara 50% dan 60% syarikat akan menggunakan blockchain dalam beberapa tahun akan datang.”

Xiong tahu apa yang dikatakan, kerana Oracle mempunyai lebih 100 pelanggan menggunakan platform blockchain untuk tujuan menjejak produk.

Naib presider syarikat itu pada masa sama realistik dalam penilaiannya tentang teknologi itu apabila dia berkata bahawa ia bukanlah penyelesaian terakhir untuk perniagaan. “Kita sudah melepasi tahap di mana blockchain boleh menyelesaikan semua benda,”dia memberitahu majalah American Business,”jadi semua orang sudah menjadi semakin realistik tentang apa yang bagus untuk model perniagaan mereka.”

Naib presiden dalam blockchain di Samsung SDS, Ted Kim, bersetuju bahawa teknologi baru-tetapi-berkembang itu bukan untuk semua orang. Dia memberitahu Forbes:

“Di penghujung hari, blockchain menjadikan kolaborasi lebih efisyen, sama ada ia mengadakan konsortium untuk menjejak data atas pemalsuan memamsuki rantaian bekalan, atau berapa banyak inventori anda perlukan untuk mendapatkan jangkaan lebih baik. Terdapat ROI yang nyata dalam blockchain.”

Sentimen Kim tentang masa hadapan blockchain lebih terkawal daripada Xiong. Kim menjangka 20 peratus daripada syarikat akan menggunakan teknologi blockchain dalam tiga tahun.

Sumber:

https://bitcoinist.com/more-than-half-of-all-companies-will-use-blockchain-tech-in-3-years-says-oracle-vp/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.