Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Lelaki dari California telah Mencuci $25 juta Melalui ATM dan Pertukaran Bitcoin DIY

Seorang lelaki dari bandar kecil Westwood di California telah mengaku bersalah terhadap dakwaan menjalankan ATM dan pertukaran Bitcoin yang tidak berlesen, dan mencuci wang.

Kunal Kalra, 25, telah dijumpai bersalah kerana memiliki dan menjalankan perniagaan penghantaran wang yang tidak berlesen yang digunakan untuk menukarkan sehinggan $25 juta dalam tunai dan matawang virtual. Dokumen mahkamah mendakwa perkhidmatan itu telah digunakan oleh pengedar dadah dan penjenayah dark web lain.

Menurut dokumen itu, ia dipercayai adalah kes jenayah persekutuan yang pertama yang mendakwa perniagaan penghantaran wang yang menggunakan kiosk Bitcoin.

Kalra – yang juga dikenali sebagai “kumar”, “shecklemayne” dan “coinman” – menjalankan perniagaan antara Mei 2015 ke Oktober 2017 di mana dia telah menukar US dollar ke Bitcoin dan kembali. Dia telah mengenakan caj komisyen untuk pertukaran dan Hanya berurusan dengan klien bernilai tinggi. Kalra meletakkan nilai pertukaran minima sebanyak $5,000 setiap transaksi.

Dalam rayuannya, Kalra mengaku kepada pertukaran Bitcoin untuk wang bagi pihak penjenayah termasuk mereka yang menjual narkotik di dark web.

Pada tahun 2017, dia telah terperangkap dalam satu serbuan apabila seorang agen yang menyamar menggunakan perkhidmatan Kalra untuk menukar $400,000 kepada Bitcoin. Agen itu memberitahu Kalra bahawa wang itu datang dari pengedaran dadah tetapi itu tidak menghalang penjenayah itu daripada meneruskan skim jenayahnya.

Pada bulan Jun tahun yang sama, Kalra menjual hampir 2 paun methamphetamine kepada satu lagi agen yang menyamar untuk $6,000. Penjenayah kemudian berjumpa agen yang sama pada tarikh lain di mana dia meminta unutk menukar $50,000 dalam Bitcoin kepada wang tunai. Agen itu sekali lagi menyatakan wang itu datang dari penjualan dadah.

Tidak cukup dengan itu, Kalra juga mengaku menjalankan ATM Bitcoin di mana pelanggannya menukar Bitcoin untuk tunai, dan sebaliknya. Pelanggan dikenakan caj untuk perkhidmatan itu. Dokumen mahkamah juga menyatakan bahawa ATM itu tidak mempunyai KYC atau AMLA.

Pihak berkuasa telah merampas hampir $889,000 dalam wang tunai daripada penjenayah itu, termasuk 54.3 Bitcoin dan beberapa lagi matawang kripto lain.

Walaupun Kalra telah mengaku bersalah dan masih belum dibicarakan, masa depannya tidak begitu cerah. Hukuman maksima yang boleh dikenakan untuk jenayahnya adalah hukuman penjara seumur hidup.

Sumber:

https://thenextweb.com/hardfork/2019/08/26/california-man-25-million-unlicensed-bitcoin-exchange-atm/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads