Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Lelongan Aset Kripto yang Dirampas Pertama UK telah Dijadualkan

 

Satu rumah lelongan persendirian di Ireland Utara akan menjadi rumah lelongan yang pertama didunia untuk menjalankan penjualan aset kripto yang dirampas.

Penjualan sebanyak 167.7 Monero dengan kadar pertukaran £6,655.36 akan dibuat melalui lelongan 24 jam secara langsung, membolehkan pelabur mengambil peluang untuk menyertai dan meletak bidaan ke atas kripto tersebut.

Ini bukan kali pertama aset kripto yang dirampas dijual oleh pelelong persendirian. Pada tahun yang lalu, pendakwa raya Bavaria melelongkan aset kripto yang dirampas yang bernilai hampir USD$14 juta, yang dianggarkan sebagai jualan terbesar dalam sejarah negara Jerman.

Penjualan tersebut melibatkan 1,312 Bitcoin dan matawang digital lain termasuk 1,399 Bitcoin Cash, 1312 Bitcoin Gold dan 220 Ethereum. Aset kripto yang dirampas itu adalah sebahagian daripada penyiasatan ke atas online platform LuL.to.

Pada bulan Oktober 2018, US Marshals Service (USMS) mengumumkan bahawa Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat akan melelongkan aset kripto sebanyak USD$4.2 juta yang dirampas daripada beberapa kegiatan jenayah.

Lelongan yang dijalankan oleh Wilsons of Northern Ireland itu adalah yang pertama dalam beberapa siri selepas memenangi kontrak dengan Pejabat Pengurusan Aset di bawah Kerajaan Persekutuan Belgium untuk memudahkan penyimpanan dan penjualan aset kripto yang dirampas itu. Syarikat itu kini bekerja dengan 40 Agensi kerajaan dan penguatkuasa di seluruh dunia untuk melelongkan aset yang ditahan polis. 

EXMO affiliate program

Ketua Pengambilan Semula rumah lelongan itu berkata bahawa syarikat tersebut “boleh menawarkan kepada kerajaan dan agensi penguatkuasa undang-undang di seluruh UK, Ireland dan antarabangsa, penyelesaian yang selamat supaya masalah rampasan aset kripto yang semakin bertambah boleh diurus oleh syarikat lelongan yang mempunyai pengalaman yang signifikan dalam aset yang dirampas.”

Sumber: 

https://bitcoinnews.com/uks-first-auction-of-seized-cryptocurrency-by-independent-body-scheduled/

 ===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads