Default – Above Header Ads

Lenovo Gunakan Kaedah Mesra Alam Untuk Bantu Melaksanakan Blockchain Gochain

Gergasi pembuatan komputer, Lenovo akan membantu menjalankan rangkaian blockchain untuk GoChain, syarikat permulaan protokol blockchain. Lenovo akan membantu rangkaian GoChain, mengendalikan nod pengesahan yang “akan menjadi yang pertama seumpamanya untuk dikendalikan di pusat data yang menggunakan rendaman cecair untuk tujuan penyejukan,” menurut siaran akhbar Jan. 6.

Dibuat oleh sebuah syarikat yang dipanggil Midas Green Technology, kaedah penyejukan pusat data yang disebutkan itu memerlukan kurang tenaga daripada teknik-teknik lain, termasuk langkah-langkah kawalan suhu berasaskan pendingin udara, menurut pengumuman itu. Menggunakan teknologi yang cekap ini, Blockchain Resources Corp sedang membina pusat-pusat data yang mesra alam di mana perkakasan bagi nod blockchain GoChain Lenovo akan beroperasi.

Operasi blockchain memerlukan tenaga dan kos yang signifikan, oleh itu, pelbagai individu dan syarikat telah berusaha keras dalam usaha untuk membuat proses operasi blockchain menjadi lebih efisien dan mesra alam.

Rujukan:

https://gochain.io/lenovo-blockchain-node/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads