Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Lesen Rakan Kongsi Ripple, Bitstamp, Diluluskan oleh Penguatkuasa AS

 

The New York State Department of Financial Services (NYFDS) telah meluluskan lesen kepada bursa pertukaran kripto dan rakan kongsi Ripple, Bitstamp.

Syarikat itu, yang beroperasi di Luxembourg, kini boleh menawarkan perkhidmatannya di New York, termasuk kebolehan untuk melancarkan penyelesaian pembayaran merentasi sempadan Ripple.

“DFS telah memberi lesen kepada Bitstamp USA untuk menawarkan perkhidmatan memberi pelanggannya kebolehan untuk membeli dan menjual Bitcoin, bersama-sama dengan beberapa matawang virtual lain, untuk USD dan sebaliknya.

Bitstamp USA juga dibenarkan memudahkan pemindahan dana ke atas Ripple Network, mengeluarkan baki Ripple dalam USD, matawang virtual lain, dan beberapa matawang fiat, termasuk Australian Dollar, British Pound, Euro, Swiss Franc dan Japanese Yen.”

CEO Ripple Brad Garlinghouse mendedahkan kerjasama syarikat itu dengan Bitstamp sebelum ini pada bulan Disember, menjadikan Bitstamp bursa pertukaran kripto keempat untuk menyokong xRapid yang dikuasakan oleh XRP.

Tiga bursa pertukaran kripto lain yang menyertai platform pembayaran itu adalah Bittrex di Amerika Syarikat, Bitso di Mexico dan Coins.php di Filipina. Bursa pertukaran itu adalah komponen penting xRapid, dan akan menerima fiat dari bank dan institusi kewangan, menukarnya ke XRP dan menghantar aset digital itu ke negara lain, di mana ia akan ditukar kembali ke fiat serta-merta.

Ripple melancarkan xRapid untuk pengeluaran komersial pada bulan Oktober. Setakat ini, sebanyak 13 syarikat telah mengumumkan mereka akan menggunakan teknologi itu.

Penyokong Ripple dan XRP kini menanti petanda penggunaan XRP di dunia sebenar. Bursa pertukaran kripto global Mercury FX adalah paling terbuka tentang penggunaan aktif teknologi itu. Bulan yang lalu, syarikat itu melaporkan pemindahan xRapid pertamanya dari UK ke Filipina, untuk klien yang menghantar wang ke negara lain untuk membayar perbelanjaan bulan madunya. Syarikat itu juga telah menghantar beberapa pembayaran dengan xRapid dari UK ke Mexico.

Sumber:

https://dailyhodl.com/2019/04/13/ripple-payments-approved-by-leading-us-regulator-in-potential-game-changer-for-xrp-powered-xrapid/ 

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads