Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

LG Mengembangkan Inisiatif Blockchain ke Industri Makanan

LG Corporation, konglomerat elektronik Korea Selatan, akan mengembangkan inisiatif blockchain mereka.

Pada 2 Julai, firma itu memfailkan aplikasi trademark yang menggambarkan wallet elektronik yang mungkin mempunyai kapabiliti untuk matawang kripto. Tambahan lagi, LG CNS, subsidiari IT firma itu, mengumumkan bahawa ia akan menambah perkhidmatan pengedaran makanan kepada lejar teragih Monachain, menurut ZDnet.

Melalui kerjasama dengan pembekal perkhidmatan IT SayIT, LG ingin menjejak makanan yang dihidang di kafeteria sekolah Korea. Perkhidmatan ini akan menyediakan akses telus kepada data “pengeluaran, pemprosesan, pengedaran, pemerolehan dan penggunaan” untuk produk agrikultur.

Firma itu berkata inisiatif itu bertujuan untuk menambah baik kesihatan pelajar, dan akan kolaborasi dengan kerajaan tempatan untuk menjadikan data itu boleh diakses awam.

LG CNS mula membangun blockchain pada tahun 2017 menggunakan software lejar teragih R3, Corda.

ThinQ Wallet, yang didaftar dengan United States Patentn and Trademark Office, akan membekalkan transaksi, perkhidmatan broker, dan perkhidmatan penyelesaian untuk beberapa peranti temasuk telefon mudah alih dan komputer.

Pendaftaran itu juga menyenaraikan use case untuk blockchain, matawang kripto dan “pengeluaran wang siber”, walaupun majoriti aplikasi yang disenaraikan melibatkan perkhidmatan kredit dan perbankan tradisional.

ThinQ adalah trademark yang digunakan oleh LG untuk menunjukkan produk diintegrasi dengan AI.

LG telah berjaya menguji beberapa aplikasi blockchain sepanjang dua tahun lalu.

Firma itu mereka bentuk pilot pada bulan September untuk perkhidmatan mudah alih pembayaran antarabangsa berdasarkan blockchain di bawah LG Uplus. Pada bulan Jun, LG menandatangani perjanjian dengan firma farmaseutikal Celltrion dan UnionBank untuk menasihati Klaytn blockchain yang dilancarkan oleh syarikat aplikasi permesejan Kakao.

Sumber:

https://www.coindesk.com/lg-expands-blockchain-applications-with-food-ledger-and-potential-crypto-wallet

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads