Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

LGU+ Dari Korea Lancar Sistem Pembayaran Luar Negara Berasaskan Blockchain

 

LG UPlus, sebuah syarikat telekomunikasi peranti mudah alih yang dimiliki oleh konglomerat keempat terbesar negara itu, LG Corp, melancarkan perkhidmatan pembayaran luar negara berasaskan teknologi blockchain. LG UPlus menandatangani MoU untuk membangunkan perkhidmatan baru itu bersama tiga rakan kongsi dunia: Taiwan diwakili Far EasTone Telecommunications, SoftBank dari Jepun, dan TBCASoft dari AS. Melalui perkhidmatan baru ini, pengguna salah satu dari perkhidmatan telekomunikasi ini akan dapat melakukan transaksi pada rangkaian pembayaran yang lain.

Percubaan pertama sistem bayaran berasaskan blokchain LG UPlus (CCPS) dijangka dilaksanakan pada awal tahun 2019. CCPS dilaporkan akan menggunakan blokchain untuk membolehkan mekanisme penyelesaian segera dalam perkhidmatan pembayarannya. Ini bermakna pengguna boleh mengelakkan bayaran pada urus niaga kad kredit luar negara, dan dilindungi dari kesan turun naik kadar pertukaran asing kerana mereka akhirnya dibilkan menerusi perkhidmatan telekomunikasi mereka.

Ling Wu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif TBCASoft, memberitahu bahawa sistem pembayarannya adalah yang pertama dalam satu penyelesaian berasaskan blockchain dan perkhidmatan telekomunikasi, dengan menyatakan bahawa sistem yang direka untuk “identiti dan pengesahan” akan menjadi rancangan seterusnya.

Sumber:

http://www.koreatimes.co.kr/www/tech/2018/09/133_255620.html

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.