Default – Above Header Ads

Lightning Bitcoin Datang ke Jam Pintar Apple dengan Aplikasi Baru

Anda kini boleh menerima pembayaran lightning Bitcoin eksperimen dengan hanya beberapa klik jam tangan pintar Apple.

Dilancarkan pada 5 Mei oleh Bluewallet, salah satu wallet rangkaian lightning yang popular, aplikasi baru mereka untuk jam tangan pintar Apple membolehkan pengguna menerima Bitcoin melalui teknologi pembayaran baru dan berisiko mereka: lightning. Pembuat transaksi boleh menggunakan aplikasi smartwatch untuk menjana kod QR – yang boleh diimbas oleh orang lain dengan telefon pintar mereka untuk menghantar bayaran.

Bluewallet telah mengeluarkan tweet menunjukkan sedikit aplikasi itu beberapa minggu yang lalu. Tetapi pada hari ini, ia sudah boleh dimuat turun di kedai iTunes.

Jurutera produk dan UX Nuno Coelho menggambarkan aplikasi itu sebagai satu eksperimen, memberitahu CoinDesk:

“Ia adalah eksperimen kecil yang kami jalankan untuk memasukkan wallet ke dalam jam tangan itu. Versi yang awal adalah mudah, membolehkan anda menerima pembayaran lightning.”

Mengapa seseorang ingin menerima transaksi lightning melalui smartwatch? Jam tangan pintar tidak sepopular telefon pintar, tetapi ramai yang menggunakannya untuk kemudahan menjejak kesihatan dan melihat notifikasi telefon tanpa mengeluarkan telefon masing-masing.

Bluewallet, ke arah itu, ingin menguji sama ada pengguna ingin menggunakannya untuk pembayaran Bitcoin.

“Kadang-kala kemudahan menerima Bitcoin dengan dua klik di pergelangan tangan ada boleh menjadi pengalaman pengguna yang relevan, lebih-lebih lagi jika anda perlu cepat,”menurut Coelho, menambah bahawa ia mungkin berguna jika anda membeli Bitcoin daripada seseorang, tetapi merasa “tidak selesa” mengeluarkan telefon anda, anda boleh menggunakan jam tangan anda.

Tetapi Coelho menekankan bahawa ia adalah eksperimen, memandangkan teknologi lightning itu sendiri masih lagi di tahap eksperimen, dan mereka tidak pasti berapa ramai pengguna betul-betul ingin menggunakan aplikasi itu.

“Jika maklum balas adalah baik, kami akan meluangkan lebih masa ke atas projek ini,” dia memberitahu CoinDesk. “Ia masih industri di tahap awal, jadi kami masih mencari cara untuk membinanya dengan betul.”

Bluewallet, diketuai kumpulan tiga pembangun, juga bekerja ke atas ciri-ciri lain untuk mengembangkan wallet itu. “Kami juga ingin berpindah dari hanya menjadi perkhidmatan pihak ketiga, mengurangkan kepercayaan. Itu adalah matlamat terpenting kami buat masa ini,”menurut Coelho.

Sumber:

https://www.coindesk.com/bitcoins-lightning-comes-to-apple-smartwatches-with-new-app

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads