Default – Above Header Ads

LocalBitcoin Mengeluarkan Kenyataan tentang Peraturan dan Pematuhan Polisi Anti-Money Laundering

 

Bursa pertukaran kripto peer-to-peer LocalBitcoins baru-baru ini mengeluarkan Kenyataan tentang peraturan dan pematuhan polisi anti-money laundering sejajar dengan 5th AML Directive of the European Union.

Syarikat itu menyatakan bahawa ia ingin menambah baik pematuhan sambil membina kepercayaan.

Suruhanjaya Eropah telah menguatkuasakan 5th Anti-Money Laundering Directive (Directive 2018/843 of the European Union or the 5AMLD) pada Julai 2018.

Direktif itu menandakan kali pertama EU mempertimbangkan matawang virtual. Ia akan meliputi kedua-dua bursa pertukaran kripto dan juga pembekal perkhidmatan wallet. Ahli negara akan diberi masa sehingga Januari 2020 untuk implementasi direktif itu.

LocalBitcoins beroperasi di Finland yang telahpun draf peraturan baru perkhidmatan matawang virtual, dan akta anti-money laundering yang diimplementasi sudah selaras dengan 5AMLD.

Dalam kenyataan terbarunya, LocalBitcoins menyatakan bahawa ia adalah “perintis dalam menasihati agensi penguatkuasa dalam proses ini” pada masa sama menyesuaikan diri dengan standard baru industri kripto dalam pematuhan.

LocalBitcoins mengatakan ia bermatlamat untuk mempromosi legitimasi, kepercayaan, dan kematangan ekosistem Bitcoin dan menjadi rujukan untuk pematuhan. Ia juga ingin menjadikan matawang digital lebih diterima secara meluas pada masa yang sama menentang penggunaan jenayah coin itu.

LocalBitcoins menyatakan bahawa:

“Kami yakin bahawa langkah baru ini akan membawa kelebihan signifikan kepada pengguna kami, mempromosi suasana perdagangan yang selamat dan mengambil langkah proaktif dalam mengelak penipuan.”

Pengguna kini perlu melalui proses pengesahan identiti. Akan terdapat tier berbeza untuk pengesahan untuk pengeluaran dari wallet dan jumlah perdagangan.

Sumber:

https://blokt.com/news/localbitcoins-issues-a-statement-on-upcoming-anti-money-laundering-regulations-and-compliance

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.