Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Loyyal Melancarkan Versi 2.0 Platform Blockchain untuk Program Insentif dan Ganjaran

 

Loyyal, platform yang menggunakan teknologi blockchain untuk menambah baik program kesetiaan dan insentif, hari ini mengumumkan pelancaran versi 2.0 Loyyal Product Suite, versi terbaiknya hari ini: Pelancaran itu menambah baik pemprosesan transaksi di seluruh nod syarikat itu lebih dari 700%, atau hampir 800 transaksi sesaat, menurut operator program dalam rangkaian itu.

Prestasi yang meningkat ini adalah hasil daripada implementasi rangka Hyperledger Fabric ke dalam Loyyal. Tambahan lagi, pelancaran baru ini menambah prestasi pengkalan data lebih dua belas kali ganda dengan cara menyimpan metadata berkaitan transaksi blockchain dalam seni bina pengkalan data yang moden dan berprestasi tinggi.

Satu lagi ciri baru dalam versi 2.0 itu adalah implementasi sokongan pelbagai siaran untuk pelesen Loyyal, memberi mereka lebih kawalan ke atas perkongsian transaksi metadata persendirian rakan kongsi perniagaan yang terpilih. Ini secara langsung akan memberi kebaikan kepada program kesetiaan yang besar yang mempunyai banyak rakan kongsi pendapatan dan penebusan, dan ingin membolehkan perkongsian transaksi data antara progam dan rakan kongsi mereka di bawah syarat-syarat tertentu. 

Perkongsian metadata dibolehkan dengan kawalan keselamatan yang berbeza, menjadikan subset metadata yang berbeza boleh diakses oleh rakan kongsi yang berbeza di bawah syarat-syarat yang berbeza, berdasarkan sifat perkongsian itu.

Komponen software dan blockchain-as-a-service Loyyal menggabungkan API platform Loyyal,  Pengurus Program dan modul Pengurus Acara, ditambah lagi dengan Node hosting yang selamat, untuk penyelesaian sepenuhnya. Kapasiti dan penambah baikan prestasi, di tambah lagi dengan kawalan data privasi Loyyal Product Suite versi 2.0, dibina di atas kejayaan versi 1.0 yang dlancarkan pada June tahun lalu, yang telah membuktikan kebolehan tahap tinngi, dan penambah baikan pada keselamatan transaksi, daya tahan rangkaian dan skalabiliti.

Sumber:

https://www.cryptoninjas.net/2019/02/04/loyyal-releases-v2-0-of-blockchain-platform-for-incentive-and-reward-programs/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads