M1, Telefon Pintar yang Membayar Anda Dalam ETN
Dengan pengenalan wallet matawang kripto dalam model terbaru Samsung, iaitu S10 beberapa hari lalu, firma pembayaran digital yang beroperasi di UK Electroneum telah melancarkan telefon pintarnya M1, yang membolehkan pengguna melombong matawang kripto ETN. Matawang kripto itu boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti naik taraf data telefon, membeli belah online, dan perkhidmatan online lain. Telefon pintar ini hanya USD 80. Dan ETN bernilai lebih kurang USD 3 boleh dilombong setiap bulan dengan telefon pintar ini.
Salah satu kelebihan utama M1 adalah aksesnya di negara membangun. Ia memberi peluang besar untuk penggunaan matawang kripto dan blockchain meluas ke negara-negara ini dan mempromosi penggunaan global. Pelancaran pertama telefon adalah Afrika Selatan. CEO dan pengasas Electroneum berkata, “Afrika Selatan adalah pilihan yang jelas untuk kami. Kami telah menjalankan survey besar dalam negara itu dan menemui 97 peratus daripada mereka yang memberi respon berkata mereka ingin menggunakan ETN untuk membayar untuk data telefon dan airtime.
Pengenalan ciri ini akan memastikan perkembangan penggunaan ETN. ETN setakat ini mempunyai 1,878,394 pengguna dan lebih 300,000 pengikut media sosial. Ini bermakna pengguna yang semakin bertambah akan menerima kebaikan yang banyak yang akan membuktikan kelebihan Electroneum tetapi juga keseluruhan pasaran matawang kripto.
Namun begitu, ciri ini juga menerima pendapat negatif. Dalam tweet terbaru, Weiss ratings menyatakan mereka tidak pasti dengan kebolehan perlombongan telefon itu dan juga fungsinya.
Sumber:
https://bitcoinnews.com/m1-the-smartphone-that-pays-you-back-in-etn/
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!