Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Mahkamah Brazil Mengarah Santander Memulangkan $350,000 kepada Mercado Bitcoin

 

Mahkamah Kehakiman Negeri São Paulo di Brazil telah menolak rayuan yang dikemukan Banco Santander terhadap bursa pertukaran kripto Mercado Bitcoin, dan mengarahkan bank itu untuk memulangkan dana kepada syarikat itu, menurut laporan berita tempatan CriptomoedasFacil pada 8 Mac.

Sebelum ini, bank itu dilaporkan menutup akaun bursa pertukaran itu, dan mendakwa aktivitinya tidak mematuhi polisi bank itu dan membekukan dana Mercado Bitcoin. Menurut artikel itu, bursa pertukaran itu mengambil tindakan melalui mahkamah kerana penutupan akaunnya, mendakwa bahawa pembekuan dana itu tidak wajar.

Menurut laporan itu, dana yang perlu dipulangkan adalah R$1,350,733 (bersamaan hampir $350,000). Keputusan 6 Mac yang diterbitkan di portal rasmi kerajaan Impresa Oficial menerangkan lebih lanjut bahawa rayuan itu ditolak dengan undi sebulat suara.

Laporan itu juga menyatakan bahawa bursa pertukaran itu sudah memenangi kes itu, dengan bank Santander diarahkan memulangkan dana dengan faedah sebanyak satu peratus setiap bulan, dan membayar kos undang-undang untuk syarikat pada 10 peratus nilai keputusan. Tambahan lagi, bank itu telah mengemukakan rayuan terhadap arahan itu dan rayuan itu kini sudah ditolak.

Seperti yang dilaporkan CoinTelegraph pada bulan Disember, dua bank utama Chile telah memohon mahkamah anti-monopoli negara itu untuk menarik balik keputusan yang menghalang daripada penutupan akaun bank bursa pertukaran kripto.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/brazilian-court-rules-santander-to-return-350-000-to-crypto-exchange-mercado-bitcoin

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.