Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Majlis Persekutuan Switzerland Tetapkan Peraturan Minimum Untuk Kripto

 

Laporan berdasarkan analisis yang dijalankan oleh kumpulan kerja blockchain yang dilantik pada awal tahun ini telah diterima pakai oleh ketua kolektif negara dan kerajaan Switzerland, Majlis Persekutuan. Antara lain laporan itu menyimpulkan bahawa rangka kerja undang-undang Switzerland boleh mengendalikan teknologi baru seperti blockchain dengan hanya pelarasan undang-undang minima tanpa perlu melakukan pelarasan secara besar-besaran.

Majlis Persekutuan pada masa ini tidak melihat isu-isu asas mengenai undang-undang pasaran kewangan yang khusus membabitkan aplikasi blockchain/DLT dan akan memerlukan pelarasan besaran. Undang-undang pasaran kewangan Switzerland secara amnya teknologi-neutral dan mampu menangani teknologi baru ini. Bidang individu yang memerlukan pelarasan disasarkan mengikut badan pentadbir Switzerland termasuk undang-undang perbankan, undang-undang sivil, undang-undang insolvensi, dan undang-undang anti-pengubahan wang haram.

Dalam laporan itu, Majlis Persekutuan telah menyatakan bahawa matlamatnya adalah untuk ‘mewujudkan keadaan rangka kerja yang terbaik supaya Switzerland dapat mewujudkan dirinya dan berkembang sebagai lokasi yang terkemuka, inovatif dan mampan untuk syarikat-syarikat fintech dan blockchain’.

Sumber:

https://www.ccn.com/swiss-federal-council-opts-minimal-regulation/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads