Default – Above Header Ads

Malaysia akan Perkenalkan Visa Khas untuk Menarik Bakat Blockchain

Menurut laporan daripada The Star pada bulan Jun lalu, MDEC akan menjalankan pilot program visa pekerjaan untuk freelancer teknologi bekerja di Malaysia untuk jangka masa pendek, bertujuan untuk memenuhi permintaan terhadap bakat dalam bidang Blockchain.

Program visa itu adalah kolaborasi antara NEM Foundation dan platform pekerjaan Jobbatical, yang beroperasi di Estonia. NEM Foundation akan bertanggungjawab memberi keterangan tentang keperluan kemahiran untuk pekerjaan tertentu; Jobbatical pula bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan itu dari pasaran luar negara.

Individu yang dibawa masuk dari luar negara dijangka akan membantu melatih pekerja tempatan dalam ruangan blockchain. Menurut Naib Presiden Pembangunan Ekosistem MDEC Norhizam Abdul Kadir:

“Kami akan melancarkan program bermula dengan pekerjaan Blockchain. Jumlah visa yang akan dikeluarkan bergantung kepada projek yang akan dijalankan oleh syarikat blockchain di Malaysia.”

Walaupun Malaysia negara pertama yang akan mengeluarkan visa khas untuk membawa masuk bakat blockchain, negara Asia lain juga mempunyai program yang sama. Contohnya, Thailand mempunyai visa SMART Thai untuk bakat dalam bidang teknologi. Pada masa sama, Hong Kong mempunyai Technology Talent Admission Scheme (TechTAS). Namun begitu, visa baru Malaysia boleh menolak negara Asia lain untuk memasukkan stipulasi khusus ke dalam visa mereka untuk bakat blockchain.

Selain daripada pekerjaan berkaitan blockchain, Malaysia dari dulu hingga kini mengalami masalah kekurangan bakat dalam bidang teknologi. Contohnya, Tech Wire Asia baru-baru ini melaporkan bahawa kebanyakan kekosongan dalam Malaysia adalah dalam keselamatan siber, sains data, dan malah pemasaran digital.

Dengan program visa baru ini, Malaysia berharap untuk membawa masuk pekerja yang amat diperlukan bukan sahaja dalam bidang blockchain, tetapi juga sektor teknologi yang lain. Menurut Norhizam, program itu akan menggunakan strutktur Professional Visit Pass, satu program visa sedia ada yang membolehkan bakat luar negara yang mempunyai kelayakan profesional atau kemahiran tertentu untuk masuk ke dalam Malaysia sehingga 12 bulan untuk membekalkan perkhidmatan, atau menjalani latihan praktikal dengan syarikat Malaysia, bagi pihak syarikat luar negara.

Program Digital Freelancer akan menjadi antara cadangan pertama yang dikemukakan oleh Malaysia Innovation Policy Council (MIPC) yang diperkenalkan tahun ini melalu MDEC sebagai platform untuk menggalakkan perkembangan dalam industri teknologi dengan mempromosi polisi dan peraturan yang menggalakkan inovasi.

Sumber:

https://www.thestar.com.my/tech/tech-news/2019/06/18/mdec-piloting-tech-freelancer-work-visas/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads