Default – Above Header Ads

Malaysia Rancang Keluarkan Peraturan Kripto Pada Q1 2019

 

Malaysia akan mengeluarkan peraturan untuk mata wang kripto dan Tawaran Syiling Permulaan (ICO) pada Q1 2019. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, yang berkata pengawal selia Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti (SC), telah memberi maklumat kepada beliau berkenaan tempoh masa untuk peraturan baru itu. Langkah itu akan membentuk “sebahagian daripada usaha SC untuk memudahkan pelaksanaan dana alternatif dan kelas aset pelaburan baru”.

Malaysia telah mengambil langkah berhati-hatidalam mengawal selia industri mata wang kripto domestik, yang mula-mula memulakan proses itu pada akhir 2017. Ketika pihak berkuasa telah berusaha untuk mengawal sektor itu, Lim turut menegaskan ketika sidang parlimen bahawa entiti yang ingin mengeluarkan mata wang kripto harus berunding dengan Bank Negara Malaysia.

“Saya menasihati semua pihak yang ingin memperkenalkan mata wang kripto perlu merujuk terlebih dahulu kepada Bank Negara Malaysia kerana ia adalah kuasa yang akan mengeluarkan keputusan mengenai mekanisme kewangan”. Bulan ini, seorang ahli politik Malaysia juga mencadangkan untuk menangguhkan kelulusan untuk projek penerbitan mata wang kripto yang disokong kerajaan sehingga peraturan berkenaan mata wang kripto berkuatkuasa.

Sumber:

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/11/28/rules-for-cryptocurrency-exchanges-ico-in-force-by-q1-of-2019-says-guan-eng/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.