Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Matawang Kripto Dash Mula Didagangkan di Coinbase Pro

Bursa pertukaran kripto Coinbase mengumumkan penyenaraian matawang kripto Dash berikutan tempoh eksplorasi dengan bursa pertukaran itu yang berakhir minggu yang lalu. Deposit mula diterima pada 16 September diikuti perdagangan yang dibuka pada 17 September.

Coinbase mengumumkan penilaiannya ke atas lapan matawang kripto awal bulan yang lalu. Daripada kesemua yang dikaji, Dash adalah yang pertama untuk diluluskan.

Matawang kripto PoW, Dash fokus kepada pembayaran dan keselamatan. Dengan laporan kapital pasaran lebih $800 juta, menurut Messari, Dash adalah matawang kripto ke-16 terbesar mengikut metrik itu.

Dalam temubual bersama CoinDesk, CEO Dash Core Group Ryan Taylor berkata penyenaraian di Coinbase Pro adalah proses ujian kerana standard yang dipegang oleh Coinbase. Baru-baru ini, ciri-ciri privasi Dash telah dipersoalkan oleh bursa pertukaran lain dan juga pengawal selia.

Dash implementasi teknik privasi yang dipanggil CoinJoin,” menurut Taylor. “CoinJoin telah diimplementasi beberapa kali di atas blockchain Bitcoin. Dash adalah salah satu yang pertama dan kerana itu ia dilabel sebagai matawang kripto privasi.”

“Ini adalah apa yang Coinbase faham dan apa yang kami cuba ajar kepada bursa pertukaran lain dan juga pengawal selia,” tambahnya.

CoinJoin menggabungkan beberapa transaksi ke dalam satu transaksi di atas blockchain itu. Proses itu menjadikan ianya lebih sukar untuk kenal pasti di mana pembayaran akan pergi. Tidak seperti protokol coin privasi lain, termasuk implementasi bulletproofs Monero dan zk-SNARK ZCash, CoinJoin tidak anonymous sepenuhnya.

“Ianya penting untuk pengguna kami untuk akses dan jadi ianya adalah penting untuk pengawalselia mengetahui perbezaannya,” menurut Taylor. “Implementasi CoinJoin kami adalah sofistikated dan mempunyai tahap privasi yang tinggi. Apa yang penting adalah tiada perbezaan status undang-undang” antara Bitcoin dan Dash.

Sumber:

https://www.coindesk.com/cryptocurrency-dash-to-begin-trading-on-coinbase-pro

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads