Default – Above Header Ads

Matawang Kripto Teratas Jatuh Sebelum Hard Fork Constantinople

 

Pada 12 Januari, sebelum kejatuhan tiga peratus dalam harga Bitcoin, seorang pedagang kripto dengan alias “Hsaka” mengatakan bahawa Bitocin menunjukkan tanda-tanda penurunan berdasarkan prestasinya dari 11 hingga 12 Januari.

Pada masa itu, pedagang itu mengeluarkan tweet ini:

“Sedikit pendapat. Lilin pertama di bawah paras rendah telah membawa kepada sedikit kenaikan. Lilin yang kedua (yang sedang berlaku) telah gagal mencapai paras kenaikan buat masa ini. Pendapat saya, ini tanda penurunan.”

Sejak itu, Bitcoin telah jatuh dari paras sokongan pada $3,600 kepada $3,545 beberapa jam yang lalu. Bitcoin kini berdagang di paras terbawah, jatuh 2% dari $3,590, menurut coinmarketcap. Penganalisa menjangka penurunan berlanjutan dalam masa beberapa bulan dan kenaikan singkat 2019 telah berakhir.

Seperti biasa Ethereum jatuh lebih teruk dengan kejatuhan 5% kepada $116, sebelum ia cuba pulih di $119. Sejak ketinggian harganya di $160 ETH telah membuang lebih 25% dan Nampaknya Constantinople tidak dapat membantunya buat masa ini. Jurang antara XRP di tempat kedua kini hampir berbilion dolar apabila token Ripple pulih lebih cepat dan hanya menunjukkan penurunan 2% pada hari itu.

Seperti yang telah dilaporkan, Ethereum sedang bersedia untuk milestone seterusnya – hard fork Constantinople. Pelancaran itu dirancang dalam empat tahap: Frontier (beta untuk membangun dan menguji dapps), Homestead (untuk menstabilkan platform, Metropolis (masih dijalankan) dan Serenity (akan datang).

EXMO affiliate program

Namun begitu, kini ia seperti menunjukkan sedikit keresahan sebelum hard fork berlaku. Sewaktu penulisan, hard fork Constantinople hanya 1,500 blok lagi, dan pelancaran fork dijadualkan pada blok ke 7.08 juta. Memandangkan ini hard fork, dalam senario terbaik, akan terdapat dua blockchain Ethereum yang akan bersaing untuk seketika.

Pembangun Ethereum telah menyatakan Secara jelas bahawa PoW akan ditinggalkan untuk membuka jalan bagi PoS, yang akan mengakhiri perlombongan Ethereum.

Fork Constantinople yang dijadualkan pada 12 Januari dikatakan sebagai naik taraf terbesar rangkaian itu. Menurut pakar amtawang kripto terkenal Alex Krüger, naik taraf Constantinople boleh menjejaskan ETH secara signifikan.

Menurut tweet Alex Krüger, Constantinople akan mengurangkan ganjaran blok dari 3 ke 2, mengurangkan bekalan ETH dan dalam jangka masa panjang akan menjadikan harga ETH lebih bullish.

Pasaran kripto mungkin akan pulih dalam paras yang rendah kerana halangan pembelian besar akan menelakkan pasaran daripada jatuh ke bawah paras sokongan. Namun begitu, dalam beberapa hari akan datang, terdapat jangkaan harga yang tidak stabil, dan berdasarkan prestasi matawang kripto dominan, kebanyakan aset digital dalam pasaran global boleh terdedah kepada penurunan jangka masa pendek.

Sumber:

https://www.coinspeaker.com/cryptocurrencies-fall-constantinople/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.