Default – Above Header Ads

Matawang Kripto Utama Turun Semula, Bitcoin Kekal Di atas $3,600

 

Perdagangan Bitcoin telah menurun dalam masa 24 jam, tetapi matawang kripto itu masih di atas paras $3,600 sewaktu penulisan. Seperti yang dilaporkan Cointelegraph, matawang kripto itu naik lebih $200 pada 8 Februari, mencapai $3,691 pada suatu masa dalam hari itu.

Juga minggu ini, jumlah transaksi harian Bitcoin hampir mencapai tahap yang tidak pernah dilihat sejak Januari 2018, apabila matawang kripto teratas itu bernilai hampir $20,000.

Ripple – matawang kripto kedua terbesar – telah melihat penurunan hampir 3% dan kini berdagang pada $0.30. Modal pasarannya juga telah mengecil dalam masa 24 jam kepada $12.5 bilion berbanding $12.7 bilion pada hari sebelumnya.

Namun begitu, Ripple masih mengatasi Ethereum, kripto terbesar seterusnya dengan modal pasaran. ETH telah kehilangan lebih 2 peratus dalam nilai dan kini berada di paras $115. Modal pasarannya kini adalah $12.3 bilion setelah mencapai $12.5 bilion pada 9 Februari.

Jumlah modal pasaran keseluruhan kripto, yang mencapai $122 bilion pada 9 Februari, juga telah jatuh kepada $121 bilion, menurut CoinMarketCap. Jumlah perdagangan harian dalam 24 jam yang lalu adalah $18 bilion.

Dalam berita industri, CEO Intercontinental Exchange (ICE) Jeff Sprecher telah berkata dia menjangka platform Bakkt syarikat itu akan dilancarkan beberapa bulan lagi.

Tambahan lagi, pesuruhjaya SEC Amerika Syarikat Heister Peirce, yang digelar “Crypto Mom” kerana sikapnya kepada industri, bercakap tentang isu kawal selia di Amerika Syarikat dalam ucapannya baru-baru ini. Dia percaya bahawa rangka undang-undang yang tidak jelas membolehkan teknologi itu berkembang sehingga kini.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/major-currencies-gradually-roll-back-after-short-recovery-bitcoin-stays-over-3-600

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.