Default – Above Header Ads

McAfee Berkata Dia Bercakap Dengan Satoshi, Mendakwa Pencipta Bitcoin itu Marah

 

John McAfee mengumumkan bahawa dia tidak akan mendedahkan identiti sebenar pencipta Bitcoin, Satoshi Nakamoto. Pakar teknologi itu mendakwa bahawa oleh kerana permohonan ekstradisi dari Amerika Syarikat, peguam McAfee percaya mendedahkan Nakamoto kepada dunia akan menjadi bahaya untuk kliennya.

Laporan awal dari CCN mencadangkan McAfee mungkin menolak untuk mendedahkan bapa Bitcoin menggunakan alasan impak negatif kepada komuniti kripto. Dalam perkembangan ini, Thomas Lee dari Fundstrat memberi komen mengatakan identiti Satoshi akan menjejaskan harga BTC, komuniti atau kedua-duanya.

Mereka yang skeptik dan yang selainnya pula berpendapat topik Satoshi adalah cara untuk mengekalkan nama McAfee di media massa. Bloomberg pula telah mengeluarkan beberapa petikan daripada temubual bersama usahawan keselamatan siber itu yang menggambarkan personaliti McAfee:

“Orang ramai lupa saya adalah ahli teknologi, saya adalah antara yang terbaik. Sepanjang hidup saya dihabiskan menjejaki orang yang terbaik di dunia dalam menyembunyikan identiti mereka. Mencari Satoshi adalah perkara yang mudah bagi saya.”

McAfee juga mendakwa dia telah bercakap dengan Satoshi, dan mengatakan bahawa Satoshi berasa marah dengannya:

“Saya telah bercakap dengannya, dan dia tidak begitu teruja dengan percubaan saya untuk mendedahkannya.”

Dalam video YouTube baru-baru ini, John McAfee telah menyatakan keinginannya untuk berkempen untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2020. 

Sumber:

https://www.ccn.com/mcafee-satoshi-nakamoto-furious

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads